Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cuaca Panas? Jom Cuba Resepi Ais Krim Mewah Ala Magnum, Cuma 4 Bahan Sahaja Tentu Mudah Untuk Disediakan

Cuaca Panas? Jom Cuba Resepi Ais Krim Mewah Ala Magnum, Cuma 4 Bahan Sahaja Tentu Mudah Untuk Disediakan

Kategori: ,
AIS KRIM MEWAH ALA MAGNUM

Menjelang permulaan tahun, hujan lebat mula reda dan cuaca panas kini kembali di bumi Malaysia. Walaupun ramai yang sudah terbiasa dengan perubahan cuaca sebegitu, perkara itu boleh membuat orang ramai mudah dahaga dan berasa tidak selesa.

Untuk melegakan badan dengan cara yang mudah, ramai yang gemar menikmati ais krim ketika matahari masih lagi terpancar. Manis dan sejuk, ia sering menjadi pencuci mulut pilihan. Dari membeli, apa kata kita cuba menyediakannya sendiri dari rumah? Jom baca perkongsian resepi ais krim mewah ala Magnum ini.

Resepi Ais Krim Mewah Ala Magnum

Bahan-Bahan

  • Dairy whipping krim
  • Susu pekat manis
  • Coklat Masakan (Double boilerkan)
  • Almond nibs (Disangai atau dibakar)

Cara Penyediaan

  1. Tuangkan susu pekat. Kalau ingin rasa yang lebih manis boleh guna lebih. AIS KRIM MEWAH ALA MAGNUM
  2. Tuangkan separuh kotak Dairy whipping krim bersama susu pekat tadi. Jika ingin guna satu kotak pun boleh. AIS KRIM MEWAH ALA MAGNUM
  3. Kacau campuran itu, tak perlu gunakan mixer. AIS KRIM MEWAH ALA MAGNUM
  4. Adunan yang telah dikacau tadi boleh dituang ke dalam acuan silikon ais krim. Tinggalkan sedikit ruang sebab bila adunan membeku, ia akan mengembang sedikit. AIS KRIM MEWAH ALA MAGNUM
  5. Bila sudah siap, letakkan penutupnya dan terus masukkan kedalam peti ais dan biarkan ia membeku semalaman atau selama 8 hingga 10 jam supaya senang nak salutkan coklat. AIS KRIM MEWAH ALA MAGNUM
  6. Almond nibs sila sangaikan atau dibakar. Nak sedap boleh letakkan banyak. AIS KRIM MEWAH ALA MAGNUM
  7. Coklat masakan tadi double boilerkan. AIS KRIM MEWAH ALA MAGNUM
  8. Selepas adunan sudah membeku, keluarkan dari acuan.  AIS KRIM MEWAH ALA MAGNUM
  9. Celupkan ais krim ke dalam coklat. Pastikan ais krim anda disaluti dengan rata. AIS KRIM MEWAH ALA MAGNUM AIS KRIM MEWAH ALA MAGNUM
  10. Selepas itu, cepat taburkan almond nibs. Jika lambat, coklat tadi terus mengeras. AIS KRIM MEWAH ALA MAGNUM
  11. Siap untuk dinikmati. AIS KRIM MEWAH ALA MAGNUM

Mudah sahaja jika anda ingin menyediakan ais krim mewah ala Magnum ini. Dengan menggunakan beberapa bahan sahaja, sudah pasti anda akan lebih berpuas hati bila menyediakannya sendiri di rumah.

Jangan lupa untuk cuba dan kongsikan resepi ini.

Kredit: Riena Eris via MAHN

Baca Juga: Resepi Biskut Choc Chips Crunchy Yang Enak, Nak Buatnya Juga Sangat Mudah. Tak Cukup Sebalang!

tags: |