Kacang dhal sering digunakan dalam pelbagai masakan India. Selalunya, ia dijadikan kari dan dimakan bersama roti canai, namun jika dimasak secara ringkas, ianya tetap membangkit selera.
Bagi anda yang ingin cara penyediaan yang mudah dan tak memerlukan banyak bahan-bahan untuk digunakan, anda bolehlah cuba resepi sambal kacang dhal yang enak ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh Nurush Shahira Ramadhan dan tentunya akan memikat selera.
Terliur pula bila melihat hidangan ini, kan? Bagi anda yang gemarkan masakan pedas, bolehlah gunakan cili kering yang lebih pedas. Sudah tentu anda akan berpuas hati bila menikmatinya bersama sepinggan nasi putih yang masih lagi panas.
Jangan lupa untuk cuba dan dikongsikan resepi ini.
Kredit: Nurush Shahira Ramadhan
Baca Juga: Resepi Karipap Telur Gergasi ‘Terlajak’ Sedap. Mudah Sangat Nak Buat, Guna Roti Paratha Sahaja!