Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Masak Tempoyak Ikan Kembung

Masak Tempoyak Ikan Kembung

Kategori: ,

Selalunya kita dengar orang masak tempoyak menggunakan ikan patin sahaja. Hari ini saya nak bawa kelainan sikit dengan menggunakan ikan kembung sebagai menu utama dalam memasak tempoyak ini. Rasanya tetap sama cuma jenis ikan yang digunakan adalah berbeza. Jom ikuti saya dalam penyediaan masakan tempoyak ikan kembung ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3-5 ekor Ikan kembung
  • 5-7 biji cili api
  • 2-3 biji cili masak
  • 1-2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 1-2 batang serai
  • 2 cawan air
  • Daun kesum
  • Serbuk kunyit

Cara membuat tempoyak ikan kembung:

  1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih
  2. Sementara itu blend juga tempoyak dan cili
  3. Panaskan kuali dan tumis bahan tumbukan tadi
  4. Masukkan serai dan daun kesum, kacau sehingaa naik bau
  5. Masukkan air secukupnya dan masukkan bahan yang di blend tadi
  6. Biarkan sehingga mendidih
  7. Setelah itu, masukkan ikan kembung yang telah disiang kedalam periuk tadi
  8. Masukkan garam secukup rasa
  9. Sedia untuk dihidang

Selamat mencuba. Tonton video di bawah untuk cara-cara penyedian yang lebih lanjut:

Kredit: Eliana Yusof

tags: