Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Crab Rangoon, Resepi Viral di Tiktok. Sedap Dimakan Bersama Sos Cili Atau Sos Thai

Jom Buat Crab Rangoon, Resepi Viral di Tiktok. Sedap Dimakan Bersama Sos Cili Atau Sos Thai

Kategori:

Crab rangoon merupakan makanan yang berisi ‘cream cheese’ yang dicampurkan dengan ‘crab stick’ dan ditambahkan dengan daun sup dan daun bawang. Kebiasaannya, ia dibalut dengan kulit wantan dan disajikan sebagai pembuka selera.

Namun, anda juga boleh membalut isinya dengan doh yang anda buat sendiri. Ia amat sedap jika disajikan bersama sos cili atau sos thai. Jom kita lihat resepi crab rangoon yang dikongsikan oleh Siti Hazneza binti Abdul Hamid.

Resepi Crab Rangoon, Rangup Dan Berkrim

BAHAN-BAHAN (KULIT)  :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu makan marjerin
  • Air secukupnya untuk dijadikan doh

CARA PENYEDIAANNYA :

  1. Ramas marjerin dengan tepung sampai menjadi peroi. Tambah air sikit-sikit sampai jadi doh.
  2. Ketepikan. Nak bagi rehat dalam peti sejuk pun boleh.

BAHAN-BAHAN (ISI) :

  • 1 cawan isi ketam (saya guna ketam tiruan saja)
  • 1 cawan cream cheese
  • 1/4 cawan daun sup + daun bawang / ikut selera
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur

CARA PENYEDIAANNYA :

  1. Gaul semua bahan hingga sekata. Jika nak dijadikan isi ini sebagai salad dimakan terus atau diletakkan pada croissant, tak perlu letak telur.
  2. Kemudian, canai doh dan buat empat segi sama 2 x 2 inci.
  3. Letak 1 sudu teh isi pada doh.
  4. Temukan dua bucu bertentangan. Kemudian, temukan bucu kedua yang bertentangan. 
  5. Kelim bahagian tepi-tepi supaya lebih kemas.
  6. Goreng dan siap untuk dihidangkan bersama sos cili atau sos thai.

Crab rangoon amat sesuai untuk dimakan pada waktu petang atau sambil menonton televisyen. Tentu anak-anak anda suka. Isinya anda boleh simpan sehingga 2 hari sekiranya ia tidak habis. Bahan yang diperlukan sangat sedikit dan anda boleh mencubanya di rumah!

Selamat Mencuba!

Kredit foto dan resepi: Siti Hazneza binti Abdul Hamid Via MAHN

Baca Juga: Resepi Roti Ketam Cheezy, Dilengkapi Dengan Cheese Yang Tarik Menarik Memang Sedap, Boleh Pengsan!

tags: | |