Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kueh Teow Goreng Ala Thai Yang Sedap, Tengok Pun Dah Buat Air Liur Meleleh. Belum Lagi Makan!

Resepi Kueh Teow Goreng Ala Thai Yang Sedap, Tengok Pun Dah Buat Air Liur Meleleh. Belum Lagi Makan!

Kategori: ,
Kueh Teow Goreng Ala Thai

Kueh Teow Goreng Ala Thai merupakan salah satu menu yang sangat simple namun sungguh menyelerakan. Memang ianya sangat sesuai untuk dihidangkan pada waktu pagi, petang dan malam. Bagi yang sangat menggemari masakan Thailland mungkin boleh mencuba kueh teow goreng seperti ini.

Nak cuba buat sekarang? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Azah Zara ini. Memang tak menyesal punya kalau cuba buat. Kalau yang suka pedas tu, mungkin boleh letak cili lebih sikit.

Cara Buat Kueh Teow Goreng Ala Thai Yang Cukup Padu!

Bahan-bahan:

Bahan tumbuk: 

  • Bawang putih*
  • Cili padi*
  • Akar ketumbar*

Bahan lain: 

  • Daun limau purut
  • Udang/ayam
  • Sos tiram
  • 2 biji telur
  • Kueh teow
  • Mushroom seasoning @ garam
  • White pepper
  • Sos ikan
  • Perahan limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Daun kucai

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan daun limau purut.
  2. Masukkan pula udang. Masukkan pula sos tiram, telur dan kacau sampai sebati.
  3. Kemudian baru masukkan kueh teow dan perasakan dengan lada putih, mushroom seasoning, garam, sos ikan dan perahkan limau nipis. Kalau nak masam lagi, boleh letak banyak sikit.
  4. Kemudian masukkan daun ketumbar dan daun kucai. Kacau sebati.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Kueh Teow Goreng Ala Thai ini? Kelihatan cukup simple tapi pastinya sangat sedap ni. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba buat sekarang.

Kredit: Azah Zara

Baca juga: Wanita Vietnam Ini Kongsi Cara Buat Pho Bo Yang Sedap, Dah Tak Payah Pergi Restaurant Vietnam

tags: | |