Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Saya Sendiri Geli..” Jumpa Ulat Dalam Nasi Hujan Panas , Walaupun Loya Lelaki Ini Tetap Maafkan Peniaga

“Saya Sendiri Geli..” Jumpa Ulat Dalam Nasi Hujan Panas , Walaupun Loya Lelaki Ini Tetap Maafkan Peniaga

Kategori:
TERJUMPA ULAT

Bagi pengusaha kedai makan, kebersihan premis perniagaan dan makanan perlu menjadi keutamaan. Ini supaya dapat mengelakkan terjadinya keracunan makanan yang boleh membahayakan kesihatan pelanggan sekaligus menyebabkan perniagaan mereka ditutup oleh pihak berkuasa.

Oleh itu, para peniaga perlu sentiasa memeriksa keadaan kedai dan makanan yang telah disediakan supaya ianya sentiasa bersih dan bebas dari haiwan perosak. Jika ditemui oleh pelanggan, ia turut akan menjejaskan imej peniaga dan perniagaan mereka. Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang individu baru-baru ini.

Jumpa Ulat Dalam Nasi Hujan Panas

Terbaru, seorang pengguna, shaienfz, memuat naik sebuah video di laman TikTok dan berkongsi penemuannya yang menggelikan setelah membeli nasi hujan panas oleh seorang peniaga.

Ketika sedang makan dan lauk ayam pedas sudah habis diratah, lelaki itu tiba-tiba sahaja menyedari sesuatu yang aneh dalam makannya. Bila diteliti, mata lelaki itu berjaya menyedari kehadiran seekor ulat kecil yang sedang bergerak-gerak dalam nasi yang dibeli olehnya. TERJUMPA ULAT

Meskipun menggelikan dan perkara itu telah memberi kesan pada isterinya, lelaki itu tetap memaafkan peniaga tersebut atas hal itu.

https://www.tiktok.com/@shaienfz/video/7062498484577946906?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145

@shaienfz Reply to @shmnz08 ♬ suara asli – Sekar🦋🧚🏻‍♀️

Menjengah di ruangan komen, warganet turut berasa geli tekak bila melihat ulat tersebut sedang bergerak-gerak dalam makanan lelaki itu.

Gelinya Tengok! TERJUMPA ULAT TERJUMPA ULAT

Seharusnya para peniaga lebih teliti dan cuba sebaik mungkin untuk mengelakkan hal ini dari terjadi. Jika termakan ulat itu, ia boleh menjejaskan kesihatan pelanggan sekaligus memberi impak buruk pada imej peniaga dan perniagaan mereka.

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran untuk semua peniaga itu lebih cakna mengenai kebersihan makanan yang sedang disediakan.

Kredit: TikTok shaienfz

Baca Juga: “Memang Rasa Geram Sangat..”, Wanita Ini Pesan Nasi Goreng Kampung Tak Nak Pedas Tapi Ini Pula Yang Dapat

tags: | |