Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Turun Temurun, Hidangan Air Asam Tempoyak Timun Ini Kegemaran Orang Pahang

Wanita Ini Kongsi Resipi Turun Temurun, Hidangan Air Asam Tempoyak Timun Ini Kegemaran Orang Pahang

Kategori: ,,
AIR ASAM TEMPOYAK TIMUN

Air asam timun merupakan hidangan turun temurun bagi mereka yang tinggal di Raub, Kuala Lipis dan Jerantut. Namun di luar, ia tidak berapa dikenali dan sukar didapati. Enak dimakan dengan pelbagai cara, ia dimakan seperti sos pencicah bersama ikan bakar. Penggunaan tempoyak manis dalam resepinya menjadikannya unik dan ia merupakan bahan wajib dalam hidangan itu.

Hanya boleh didapati di tiga daerah tersebut di Pahang, anda tak perlu ke sana untuk menikmatinya. Jika nak tahu rasanya, anda boleh mencuba resepi air asam tempoyak timun yang telah dikongsikan oleh Rohana Mat Idin di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) Official.

Resepi Air Asam Tempoyak Timun

Bahan-Bahan

  • 2 batang timun (diracik kasar)
  • 2 ekor ikan kembung bakar, perisikan
  • 2 atau 3 ulas cili kampung (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa)
  • 2 atau 3 sudu tempoyak manis (dapatkan di sini)
  • Sedikit garam
  • Sedikit air masak

Cara Penyediaan

  1. Sediakan bahan-bahan yang disenaraikan.
  2. Kemudian, satukan semua bahan-bahan, gaul sehingga sebati.
  3. Pastikan anda rasa supaya dapat menyesuaikannya dengan citarasa masing-masing.
  4. Bila sudah kena dengan rasa, air asam tempoyak timun anda sudah siap untuk dinikmati. AIR ASAM TEMPOYAK TIMUN AIR ASAM TEMPOYAK TIMUN

Rupanya mudah sahaja untuk menyediakan hidangan turun-temurun ini, kan? Bahan-bahannya juga mudah didapati, jadi anda tak perlulah ke Pahang untuk menikmatinya. Cuba makannya bersama nasi putih dan ikan bakar kosong, sudah tentu anda akan menggemarinya.

Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Rohana Mat Idin via MATJHN Official

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Goreng Sotong Yang Padu, Dapat 3 Ribu Lebih Share Di FB!

tags: |