Nasi goreng menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara, ia menjadi hidangan pilihan. Ringkas dan mudah untuk disediakan, bahan-bahan yang digunakan adalah mengikut citarasa masing-masing.
Bagi penggemar seafood, anda pasti sangat menggemari nasi goreng sotong. Bila dibeli di kedai, sotong yang digunakan adalah terlalu sedikit. Jadi dari membazir, sebaiknya anda menyediakannya sendiri dengan mengikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Har Ryea di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Resepi Nasi Goreng Sotong Yang Padu
Bahan-Bahan
- Bawang merah
- Bawang putih
- Lada merah
- Cili padi hijau
- Segenggam ikan bilis
- Telur
- Garam
- Ajinomoto
- Sedikit serbuk kunyit
- Sotong
- Nasi putih
Cara Penyediaan
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah dan sedikit cili padi hijau.
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga garing. Kemudian ketepikan sedikit.
- Pecahkan telur dan masukkan dalam kuali.
- Bila sudah masak sedikit, hancur-hancur telur itu dan ketepikan juga.
- Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk, tumis sehingga wangi dan sedikit garing.
- Masukkan garam, ajinomoto dan sedikit serbuk kunyit.
- Masukkan sotong yang dah dikeringkan airnya dahulu. Gaul rata semua bahan-bahan.
- Kemudian, masukkan nasi, kacau rata sehingga ianya berwap.
- Siap untuk dinikmati.
Mudah sahaja untuk menyediakan nasi goreng sotong sendiri di rumah, kan? Lebih jimat dan bolehlah letak banyak lauk untuk lebih berpuas hati. Resepi nasi goreng sotong ini juga mendapat lebih 3 ribu shares di laman Facebook, sudah tentu ia resepi yang wajib untuk dicuba.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Har Ryea via MAHN
Baca Juga: Nak Tambah Selera Anak-Anak Untuk Makan? Jom Cuba Sediakan Telur Bistik Simple Ini Pula