Menguruskan sebuah kedai makan ini bukanlah hal yang mudah. Selain dari pelbagai kos sampingan yang perlu diambil kira, peniaga juga perlu memuaskan hati dan kerenah pelanggan.
Bila berurusan dengan pelanggan, ada yang baik namun ada juga yang sebaliknya. Kadang-kadang peniaga juga pening untuk memuaskan hati mereka. Walaupun dicuba sehabis mungkin, sesetengah pelanggan ada sahaja ingin mencari salah peniaga.
Terbaru, seorang wanita, iraaa._4, memuat naik sebuah video di laman TikTok dan berkongsi keadaan sebuah kedai makan yang dikunjunginya baru-baru ini.
Menurut wanita tersebut, dia mendapat khabar bahawa makanan yang disediakan oleh kedai itu sedap dan memuaskan tapi bila melihat keadaan kedai itu yang terletak di dalam semak dengan rumput yang tinggi dan menjalar, wanita itu tiba-tiba sahaja berasa kecewa.
https://www.tiktok.com/@iraaa._44/video/7064515534162808091?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@iraaa._44♬ suara asli – Edhoo – Edho❗
Menjengah di ruangan komen pula, segelintir netizen bengang dengan tindakan wanita itu yang dipercayai ‘banyak songeh’. Tambah mereka, jika dia tidak gembira dengan keadaan kedai makan tersebut, masih banyak di luar sana untuk dia mencuba.
Namun ada juga yang bersetuju dengannya dan berasakan peniaga telah lalai dengan keadaan kedai makan. Seharusnya pihak mereka mencuba sebaik mungkin untuk menjaga imej kedai tersebut.
Memang betul bahawa peniaga perlu melakukan sebaik mungkin untuk menjaga keadaan kedai mereka supaya kelihatan kemas dan selesa untuk pelanggan mengunjungginya. Namun, pelanggan sepatutnya mengemukakan hal tersebut pada peniaga yang bertanggungjawab, bukannya memuat naikkan video di laman TikTok untuk mengaibkan.
Kredit: TikTok iraaa._4
Baca Juga: “Laki Aku Salah Sebut Ke Apa..”, Wanita Terkejut Tengok Cili Yang Banyak Dalam Nasi Goreng Suami