Lauk ayam sememangnya disukai ramai. Mudah didapati dan boleh dimasak dengan pelbagai cara, ianya sangat enak untuk dimakan dengan sepinggan nasi putih.
Jika anda ingin mencuba resepi ayam yang baharu, anda boleh pula cuba resepi ayam masak gajus ini yang telah dikongsikan oleh Nik Azidah di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Memang mudah sahaja, dan bahan-bahannya mudah didapati.
Ayam Masak Gajus
Bahan-Bahan
- 4 hingga 5 ketul isi ayam (dipotong kecil)
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh garam
- 100gram kacang gajus (disangai atau panggang)
- 4 tangkai cili kering (dipotong)
- 1 biji bawang besar holland (dipotong dadu)
- 4 ulas bawang putih (dihiris atau dicincang halus)
- 2 inci halia (dihiris atau dicincang halus)
- 1 biji capsicum hijau
- 3 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan sos tomato
- Sedikit air
- Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara Penyediaan
- Gaulkan isi ayam dengan garam dan tepung jagung.
- Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Goreng lada kering sehingga garing dan masukkan halia, bawang putih, dan bawang besar. Tumis sehingga garing.
- Masukkan sos tiram, sos tomato, isi ayam, capsicum, dan sedikit air.
- Biarkan sedikit kering. Kemudian masukka kacang gajus dan kacau rata.
- Tutup api dan sedia untuk dinikmati.
Memang mudah sahaja, kan? Kalau anda minat dengan tekstur yang crunchy, bolehlah cuba resepi ini. Ayam masak gajus ini juga sedap untuk diratah begitu sahaja, memang puas hati bila dicuba.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Nik Azidah via MAHN
Baca Juga: Resipi Sambal Ayam Geprek Original Jogjakarta, Pedas Tapi ‘Kena’ Dengan Tekak Melayu