Langkau ke kandungan

Resipi Sambal Ayam Geprek Original Jogjakarta, Pedas Tapi ‘Kena’ Dengan Tekak Melayu

Resipi

5 bahan, 7 langkah

Terus ke resipi
resipi-ayam-geprek-12

Peminat makanan pedas wajib cuba buat sambal ayam geprek, menu terkenal dari Indonesia. Cara membuat sambal ayam geprek ini merupakan resipi asal dari Jogjakarta, perkongsian oleh Juwita Afifah. Jom lihat cara lengkap untuk membuatnya di bawah.

Resipi Sambal Ayam Geprek Resipi ‘Ori’ Jogjakarta

Ayam geprek ni berbeza dengan ayam penyet, dan berbeza juga dengan ayam gepuk. Sebab ayam geprek mesti digoreng dengan ayam celup tepung yang takde tulang (boneless/fillet). Ayam celup tepung ni saya tak buat sendiri. Beli yang frozen je kat tesco. Sebab nak cepat.

Sambal juga berbeza. Kalau sambal penyet, kena masak dua kali atas api. Sambal geprek tak perlu masak, sama macam sambal gepuk. Hanya letak minyak panas.

Cuma sambal gepuk tak perlu digaul dengan ayam, dan sambal geprek pula memang kena gaul rata dengan ayam.

Resepi ni sedikit berbeza, tapi memang paling sedap di tekak saya. Macam biasa, saya godek-godek dan ambil dari blog orang indonesia. Katanya, resepi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta.

Bahan-bahan:

  • Cili padi
  • Cili besar (dicincang kasar)
  • Bawang putih
  • Kacang gajus
  • Minyak panas bekas goreng ayam

Cara-caranya:

  1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung cobek yang suami beli dari Jogjakarta.Resipi Sambal Ayam Geprek Original Jogjakarta, Pedas Tapi ‘Kena’ Dengan Tekak Melayu
  2. Tumbuk lumat semua bahan menggunakan lesung.
  3. Masukkan cili besar.
  4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat. Perut pun selamat.Resipi Sambal Ayam Geprek Original Jogjakarta, Pedas Tapi ‘Kena’ Dengan Tekak Melayu
  5. Gaul rata.Resipi Sambal Ayam Geprek Original Jogjakarta, Pedas Tapi ‘Kena’ Dengan Tekak Melayu
  6. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng. Geprek-kan ayam tersebut bersama dengan sambal.Resipi Sambal Ayam Geprek Original Jogjakarta, Pedas Tapi ‘Kena’ Dengan Tekak Melayu
  7. Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih. Fuhh. Memang bertambah ni.Resipi Sambal Ayam Geprek Original Jogjakarta, Pedas Tapi ‘Kena’ Dengan Tekak Melayu

Selamat mencuba!Resipi Sambal Ayam Geprek Original Jogjakarta, Pedas Tapi ‘Kena’ Dengan Tekak Melayu

Sumber: Juwita Afifah

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Telur Rebus Masak Berlada! Menu Yang Ringkas, Sesiapa Sahaja Boleh Cuba

Si Bunga

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Si Bunga