Tak semua orang mempunyai bakat dan ilmu yang meluas dalam dunia masakan. Namun, masakan telur antara lauk yang mudah untuk disediakan meskipun anda baru sahaja ingin berjinak dalam dunia masakan.
Bagi anda yang mencari menu mudah untuk disediakan, jom cuba resepi telur rebus masak berlada yang bukan sahaja ringkas tapi tetap enak untuk dimakan. Hidangan ini juga sesuai bagi mereka yang gemar dengan hidangan sambal.
Resepi Telur Rebus Masak Berlada
Bahan-Bahan
- 8 biji telur
- 1 biji bawang holland
- 2 biji cili merah
- 10 hingga 15 biji cili api
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh gula
Cara Penyediaan
- Potong kasar semua bahan ini termasuk tomato supaya mudah nak kisar nanti. Guna pengisar kering saja tanpa air dan kisar separa lumat. Kalau nak tumbuk pun boleh saja.
- Sekarang proses untuk rebus telur dahulu. Panaskan air dalam periuk, sukatan air biar tenggelam telur bila dimasukkan nanti. Pastikan air betul-betul mendidih dahulu.
- Bila air sudah betul-betul mendidih, masukkan semua telur (guna penapis supaya tidak pecah) anggaran masa rendaman antara 7 hingga 8 minit dan terus angkat. Tujuannya supaya telur kuning tu tidak terlalu masak dan lembut di dalam.
- Kupas telur gunakan air sejuk supaya kulitnya cantik elok dan tidak rosak semasa kupas.
- Panaskan minyak untuk goreng telur rebus tadi. Ini pilihan. Kalau kau tak minat nak goreng dulu pun tak per. Boleh jer skip dan terus masak.
- Bila minyak sudah panas terus masukkan telur dan goreng sekejap sehingga nampak kulit putih telur itu macam sedikit garing terus angkat, toskan minyaknya dan ketepikan dulu.
- Panaskan sedikit minyak lebihan goreng telur tadi.
- Bila minyak sudah panas, masukkan bahan kisar kering tadi dan tumis sehingga naik bau wangi.
- Kemudian masukkan 2 sudu makan sos tiram kacau sebati.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan satu sudu teh serbuk kunyit dan kacau sebati sampai semua bahan masak.
- Bila semua bahan sudah masak elok terus masukkan telur rebus yang telah digoreng tadi.
- Kacau sekejap supaya semua bahan salut di telur dan boleh terus tutup api.
- Dah siap telur rebus masak berlada, sedia untuk dinikmati.
Hidangan ini nampak sungguh menyelerakan! Tengok gambar sahaja dah berkecur air liur dibuatnya. Selain itu, bahan-bahannya juga sangat mudah untuk didapati bagi anda yang ingin menu yang ringkas, boleh lah cuba nanti.
Selamat mencuba.
Kredit: Mohd Rozmie
Baca Juga: Ini Resepi Udang Sweet & Sour Yang Sedap! Para Suami Boleh Cuba Untuk Menambat Hati Isteri.