Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi Cara Jimat Minyak Masa Goreng Keropok Ikan, Gantikan Dengan Garam Kasar Sahaja. Biar Betul?

Wanita Ini Kongsi Cara Jimat Minyak Masa Goreng Keropok Ikan, Gantikan Dengan Garam Kasar Sahaja. Biar Betul?

Kategori:
goreng keropok ikan

Menggoreng keropok ikan memerlukan penggunaan minyak masak yang banyak supaya ia masak dengan elok dan rata. Malah, keropok juga akan menyerap minyak dengan banyak. Hal ini menjadi masalah kerana harga minyak sering meningkat, jadi ianya agak membazir sedangkan minyak tersebut boleh digunakan untuk lain kali juga.

Untuk mengelakkan pembaziran minyak masak, ada beberapa cara lain yang anda boleh cuba. Selain air fryer, wanita ini berkongsi bahan lain yang boleh digunakan untuk menggoreng keropok di dalam kuali.

Goreng Keropok Ikan Guna Garam Kasar Sahaja?

Terbaru, seorang wanita memuat naik sebuah video di laman TikTok menerusi akaunnya, __nnnnnnn68, dan berkongsi cara lebih jimat minyak masak yang selalunya digunakan untuk goreng keropok ikan dengan menggantikannya dengan garam kasar.

Membuktikan hal itu berkesan, wanita itu mengambil kuali yang kemudiannya diisi dengan garam kasar. Kemudian, dia memanaskannya di atas dapur sambil mengambil sekeping keropok untuk ‘digoreng’. goreng keropok ikan

Memastikan keropok tersebut ditutup dengan garam kasar, selang beberapa minit, keropok ikan itu berhasil dimasak dan nampak tidak berminyak jika dibandingkan dengan menggorengnya dengan minyak masak. Sangat hebat cara ini, kan?

https://www.tiktok.com/@__nnnnnnn68/video/7066410625802587418?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937

@__nnnnnnn68 Dah boleh jimat minyakk, jom tryyy #CapCut #gorengtanpaminyak ♬ original sound – Hsubuibui

Menurut wanita itu, tujuan dia berkongsi hal itu adalah supaya ia mampu membantu orang lain untuk cuba alternatif lain untuk berjimat-cermat dan menggunakan minyak masak dengan cara yang lain.

Mungkin cara ini akan menggunakan lebih banyak masa tapi sememangnya ia boleh digunakan ketika anda tidak mempunyai minyak masak yang mencukupi untuk goreng keropok ikan.

Kredit: TikTok __nnnnnnn68

Baca Juga: Tak Perlu Gunting Satu-Satu, Ini Dia Cara Mudah Untuk Asingkan Biji Cili Kering

 

tags: