Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Untuk Menyediakan Pie Tee, Hidangan Terkenal Di The Chicken Rice Shop

Ini Cara Untuk Menyediakan Pie Tee, Hidangan Terkenal Di The Chicken Rice Shop

Kategori: ,,
PIE TEE

Pie Tee merupakan hidangan Nyonya yang sangat terkenal dan digemari ramai. Selain di Malaysia, ia juga boleh didapati di Indonesia dan Singapura. Pie Tee juga menjadi hidangan yang sangat terkenal di The Chicken Rice Shop. Setiap kali ke sana, sudah tentu ia akan dipesan.

Jika anda ingin mencubanya, cubalah resepi pie tee yang telah dikongsikan oleh Rosnah Abu Bakar di grup Makan Apa Hari Nie (MAHN). Sangat mudah untuk disediakan dengan beberapa bahan sahaja.

Resepi Pie Tee

Bahan Kulit Pie Tee

  • 120gm tepung beras
  • 40gm tepung pulut atau tepung jagung
  • 40gm tepung gandum
  • 200ml air
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam

Bahan Sayuran Pei Tee

  • 1 batang lobak merah (diparut)
  • 1 batang timun atau sengkuang (diparut)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Minyak zaitun
  • Sedikit air
  • Sedikit udang kering (direndam dan ditumbuk)

Cara Penyediaan

  1. Bancuh kesemua bahan kulit Pie Tee dan tapiskan dalam bekas. Selepas itu, rehatkan adunan dan tutup dengan plastik selama 1 jam. PIE TEE
  2. Panaskan minyak dan sediakan acuan. Bila minyak betul-betul panas, baru celupkan acuan kepada adunan tepung yang telah dibancuh tadi. PIE TEE
  3. Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan. Simpan dalam bekas kedap udara.
  4. Dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga wangi. Kemudian, tambahkan sayuran  yang telah diparut tadi dan tambahkan sedikit air. Masak sehingga sayur layu dan sejukkan. PIE TEE
  5. Bila sayur sudah sedikit sejuk, isikan kulit pie tee dengan sayuran tadi.
  6. Siap untuk dinikmati dan makan bersama sos untuk lebih nikmat. PIE TEE

Resepi ini memang mudah sahaja, kan? Bagi anda yang sangat menyukainya, cubalah sekarang. Buat banyak-banyak tentunya akan berpuas hati.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Rosnah Abu Bakar

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Popia Sayur, Mudah Sahaja Nak Buat Sendiri Di Rumah

tags: | |