Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Popia Sayur, Mudah Sahaja Nak Buat Sendiri Di Rumah

Wanita Ini Kongsi Resepi Popia Sayur, Mudah Sahaja Nak Buat Sendiri Di Rumah

Kategori: ,
RESEPI POPIA SAYUR

Popia merupakan hidangan ringan yang sangat enak dinikmati tak mengira waktu. Selalunya ia menjadi hidangan pilihan ketika minum petang dan ia juga dijual di gerai-gerai kecil. Makin lama, orang ramai makin kreatif dan menghasilkan pelbagai jenis popia. Namun yang ringkas masih lagi menjadi pilihan.

Jika anda ingin cuba resepi popia yang mudah dan sedap, cubalah resepi popia sayur ini yang telah dikongsikan oleh Rohaiza Abd Manan di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Memang mudah sangat untuk disediakan.

Resepi Popia Sayur

Bahan-Bahan

  • Kulit popia bersaiz kecil
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Seketul dada ayam (dipotong dadu kecil)
  • 1/4 biji kubis (dipotong memanjang)
  • 1/2 biji lobak merah
  • Dua genggam taugeh
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit minyak

Cara Penyediaan

  1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam berubah warna.
  3. Boleh masukkan semua sayur. Masukkan taugeh paling last selepas gas ditutup untuk dapatkan tekstur yang lebih ranggup.
  4. Masukkan kiub pati ayam.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Sejukkan seketika dan boleh gulungkan sayur-sayuran yang dimasak tadi dalam kulit popia. Letakkan sayur yang digoreng daam penapis untuk keluarkan air dari saur itu. Ini supaya popia itu kekal rangup selepas digoreng. RESEPI POPIA SAYUR RESEPI POPIA SAYUR RESEPI POPIA SAYUR RESEPI POPIA SAYURRESEPI POPIA SAYUR

Resepi popia sayur ini mudah sahaja, kan? Bahan-bahannya juga sangat mudah untuk didapati di mana-mana tempat jadi anda perlu mencubanya.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Rohaiza Abd Manan via MAHN

Baca Juga: Ini Resepi Ayam Masak Halia Yang Sedap & Mudah Untuk Disediakan, Keluarga Mesti Suka

tags: | |