Untuk sarapan pagi, sudah tentu ibu-ibu mencari hidangan yang mudah dan sedap untuk dijadikan bekal untuk anak-anak di sekolah. Selain mudah untuk disediakan, ia perlu juga enak untuk dimakan. Ini kerana anak-anak sangat cerewet tentang makanan dan selalu memilih.
Resepi roti goreng sayuran ini sesuai untuk dicuba dan menjadi bekalan anak-anak. Sedap dan mudah untuk disediakan, jomlah cuba resepi ini yang telah dikongsikan oleh Danisya Dhia Farisya di grup Koleksi Resepi MyZAi.
Anda boleh juga menyediakan adunan sayur sebelum tidur dan simpan dalam peti ais. Ketika nak masak, boleh terus celup roti dalam adunan tersebut dan goreng. Lebih menjimatkan masa dan tak perlu terlalu tergesa-gesa untuk menyiapkan bekalan untuk anak-anak nanti. Mudah sahaja, kan?
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Danisya Dhia Farisya via Koleksi Resepi MyZAi
Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Popia Sayur, Mudah Sahaja Nak Buat Sendiri Di Rumah