Kanak-kanak sememangnya sangat lincah dan suka bermain di usia kecil. Ketika itulah mereka mengambil peluang untuk mengenali dunia. Bila di luar, perkara itu boleh mengundang pelbagai bahaya. Jika tidak dipantau, pelbagai kemalangan boleh berlaku.
Namun tak semua ibu bapa mampu memantau anak-anak mereka sepenuhnya bila di luar. Risau dan sebagai langkah berjaga-jaga, ramai yang menggunakan tali safety. Ini dapat menghadkan pergerakkan anak-anak dan memastikan mereka sentiasa berada di sisi ibu bapa bila keluar bersama. Walaupun begitu, masih ramai yang mempunyai tanggapan negatif dengan penggunaan tali safety.
Terbaru, seorang wanita kongsi peristiwa sedih dan memalukan yang terjadi pada dirinya dan keluarga di sebuah restoran yang dikunjunginya. Berkongsi peristiwa itu di laman TikTok menerusi akaunnya, Irah Ishak Khan, wanita itu menggunakan tali safety oleh kerana risau dengan keselamatan anaknya.
Menurutnya, dia agak risau jika berlaku hal yang tidak diingini dan anaknya akan hilang bila keluar bersama. Sebelum ini dia pernah menggunakan stroller tapi perkara itu tidak disukai anaknya. Gemar untuk meneroka, akhirnya dia menggunakan tali tersebut. Anaknya juga selamat dan selesa dengan cara itu.
Tapi apabila mereka makan bersama di sebuah restoran, wanita itu terdengar seorang individu mengejeknya. Individu itu berasakan penggunaan tali itu sama seperti mengikat haiwan untuk dibawa. Terdengar komen itu, wanita itu tidak dapat mengelakkan dari terasa hati.
@irahishak mungkin anak2 dia semua baik dan mudah di jaga.. sy pernah berjalan tanpa bantuan tali safety, anak sy berlari sampai saya penat kene kejar
@ceoofpanipurimungkin anak2 dia semua baik dan mudah di jaga.. sy pernah berjalan tanpa bantuan tali safety, anak sy berlari sampai saya penat kene kejar♬ suara asli – justme
Menjengah di ruangan komen, orang ramai berasakan individu tersebut tidak mempunyai hak untuk meninggalkan komen sebegitu. Tidak memahami situasi ibu bapa yang mempunyai anak yang aktif, ada juga yang berharap mereka juga akan mengalami perkara tersebut supaya dia boleh munasabah diri.
Penggunaan tali safety sangat penting bagi segelintir ibu bapa untuk menjaga keselamatan anak-anak. Jadi mengapa kita perlu mengejek mereka kerana berbuat begitu? Jangan berfikiran sempit dan cepat menghukum orang lain.
Kredit: TikTok Irah Ishak Khan
Baca Juga: “Saiz Meatball Macam 10 Sen!”, Habis RM53 Tapi Portion Makanan Sangat Menyedihkan