Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Extra Protein..”, Temui Banyak Ulat Kecil Dalam Tepung, Ramai Terkejut & Tak Percaya 

“Extra Protein..”, Temui Banyak Ulat Kecil Dalam Tepung, Ramai Terkejut & Tak Percaya 

Kategori:
temui ulat kecil

Selain beras, gandum merupakan antara makanan keperluan harian manusia. Jika seseorang tersebut tidak menyukai nasi atau mengalami sebarang alergi terhadap nasi pastinya dia akan memilih makanan bergandum. Makanan bergandum ini seperti lempeng, roti, cengkodok dan macam-macam lagi. Jadi tidak menjadi masalah sekiranya korang tak suka makan nasi.

Selain dari makanan tersebut, tepung gandum ini juga boleh menghasilkan pelbagai jenis kek yang luar biasa sedapnya. Nak menyediakan kek adalah satu perkara yang tidak terlalu sukar dan tidak terlalu mudah. Namun begitu, setiap kali menyediakan kek pastinya kita akan mengayak tepung tersebut terlebih dahulu bagi memastikan teksturnya lebih halus dan senang sebati.

Ramai tak percaya ada banyak ulat kecil dalam tepung apabila ditapis

Berkenaan dengan tepung ini, terbaharu ada sebuah akaun TikTok cerokdapodotcom,  yang sempat berkongsi kejadian di mana dia menemui banyak ulat halus dan kecil selepas menapis tepung. Ulat kecil dan bubuk itu dapat dilihat dengan jelas melalui video yang dikongsikan selepas dia mengayak tepung berkenaan. Lebih menggelikan lagi adalah apabila ulat tersebut masih lagi bergerak-gerak.

Menurut cerokdapodotcom, penemuan tersebut adalah antara sebab kenapa tepung tersebut ditapis dan biasanya dia akan membuang sahaja tepung tersebut ke dalam tong sampah apabila menemui ulat halus.

@cerokdapodotcom #cerokdapodotcom #homemadebakers #bakerskajang #masukberanda #fypdongggggggg ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warga TikTok. Ada yang terkejut dan tidak percaya kerana tepung gandum juga turut terisi dengan ulat, bukan buahan sahaja. Malah ada juga yang berseloroh mengatakan ia adalah protien tambahan. Di samping itu, ada juga warga TikTok lain yang menasihati jangan buang, boleh digunakan untuk membasuh ayam.

Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat berkongsi pengalaman menemui bendasing ini ketika bekerja di kilang waktu ketika dahulu. Walaupun begitu, kilang tersebut tetap menggunakan tepung berkenaan.

 

Walaupunbegitu, pastikan tepung yang korang gunakan sentiasa ditapis atau diayak. Bukan semata-mata untuk membuat kek sahaja namun ketika menghasilkan hidangan lain juga. Kerana dalam tepung gandum yang disangkakan putih bersih itu pasti ada juga bendasing. Jadi bagi memastikan tiada sebarang bendasing seperti ulat, pastikan ianya ditapis terlebih dahulu.

Kredit: cerokdapodotcom

Baca juga: “Terus Mual Nak Muntah..”, Jumpa Kuku Berdaki Dalam Karipap. Ini Respon Padu Netizen!

tags: |