Ikan keli sudah menjadi kegemaran ramai. Walaupun cara memasaknya agak sukar bagi sesetengah orang, ia tetap menjadi lauk pilihan ketika makan tengah hari atau makan malam. Lebih-lebih lagi bila dapat ikan keli yang masih lagi segar dan isi yang banyak, pelbagai lauk boleh dijadikan.
Jika anda mencari resepi yang mudah untuk menyediakan ikan keli di dapur, sila ikuti resepi ikan keli goreng bercili yang telah dikongsikan oleh Restoran Kak Jue di grup Masak Apa Hari Ni? (MAHI). Mudah dan ringkas sahaja, bagi penggemar lauk-pauk yang pedas-pedas wajib mencubanya.
Cara Buat Ikan Keli Goreng Bercili
Bahan-Bahan
- Ikan keli (dibersihkan dan dibuang lendir terlebih dahulu)
- Serbuk kunyit (dapatkan di sini)
- Garam
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili api siam – hijau
- Lada besar – hijau
- Kunyit hidup sikit (supaya warna dia cantik)
- Air asam jawa
- Gula
- Secukup rasa
Cara Penyediaan
- Lumurkan ikan keli yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga garing, angkat dan ketepikan.
- Kisarkan kesemua bahan kecuali ikan keli dan asam jawa.
- Tumis bahan yang telah dikisar tadi.
- Masukkan sedikit air asam jawa atau sekeping asam keping. Masukkan gula.
- Reneh sehingga sambal berkilat dan keluarkan minyak.
- Masukkan sedikit garam dan ikan yang telah digoreng tadi. Reneh sehingga semua rasa sudah sebati, gaul sehingga ikan itu disaluti dengan sambal.
Nampak sangat menyelerakan! Kalau anda jenis penggemar lauk ikan keli masak pedas-pedas, lauk inilah yang perlu anda cuba. Makan dengan sepinggan nasi putih sudah tentu terasa nikmatinya.
Selamat mencuba!
Kredit: Restoran Kak Jue di grup Masak Apa Hari Ni? (MAHI)
Baca Juga: Petua & Cara Buat Sambal Tumis Supaya Bertambah Sedap. Banyak Jenis Sambal Tumis Namun Ada Petuanya Tersendiri!