Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Resepi Overnight Oat Yang Mudah Ini, Sarapan Pagi Yang Sihat & Sesuai Diamalkan Selalu

Jom Cuba Resepi Overnight Oat Yang Mudah Ini, Sarapan Pagi Yang Sihat & Sesuai Diamalkan Selalu

Kategori: ,
overight oats

Zaman sekarang, ramai yang menitikberatkan soal kesihatan. Memandangkan sarapan pagi tradisi Malaysia seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Nasi Dagang dan sebagainya ini agak mengeyangkan dan tinggi kalori, orang ramai mencari resepi lain yang lebih sihat dan menjimatkan masa bila disediakan.

Antara hidangan sarapan pagi yang selalu menjadi pilihan buat sarapan pagi adalah overnight oats. Ringkas sahaja dengan bahan-bahan yang mudah didapati, ikuti resepi overnight oats yang telah dikongsikan oleh Keena Hashim di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Bahan-bahan boleh didapati di pasaran dengan mudah sahaja dan semestinya anda akan berasa lebih sihat dan bertenaga. Jom baca perkongsiannya.

Cara Buat Overnight Oats Yang Mudah

Bahan-Bahan

  • 4 atau 5 sudu besar rolled oat (guna jenama ini)
  • 1 cawan susu segar
  • 1 pisang
  • Balang atau glass jar

Cara Penyediaan

  1. Letakkan rolled oats ke dalam balang atau glass jar yang telah disediakan. overight oats
  2. Dalam blender, masukkan pisang dan juga susu segar. Kisarkan. overight oats
  3. Tuangkan adunan kisar tadi ke dalam balang yang dah diisi dengan rolled oat. overight oats
  4. Simpan dalam peti ais semalaman. Nama pun overnight kan. overight oats
  5. Esok masa sarapan boleh makan, gaulkan dulu selepas itu boleh terus dimakan.
  6. Siap untuk dinikmati. overight oats

Serius mudah sahaja resepi ini. Bagi anda yang sering sibuk dengan kerja tapi inginkan sarapan pagi yang sihat dan mudah untuk disediakan, resepi overnight oats ini perlu dicuba. Sesuai juga bagi mereka yang berdiet dan memang ringkas sahaja.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Keena Hashim di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Cucur Sardin Yang Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Sarapan Pagi

tags: |