Semenjak akhir-akhir ini, penggunaan air fryer makin meluas dan ia bukan sahaja boleh digunakan untuk menggoreng makanan sejuk beku malah pelbagai jenis hidangan dapat disiapkan menggunakan air fryer.
Antaranya adalah egg tart yang sememangnya menjadi pencuci mulut kesukaan ramai. Mudah dan ringkas sahaja, kini anda sudah tak perlu membelinya di mana-mana bakeri. Boleh juga buat sendiri di rumah dengan mengikuti resepi egg tart yang telah dikongsikan oleh Izz Aishah di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) OFFICIAL.
Resepi Egg Tart Air Fryer
Bahan-Bahan
- 20gram telur penuh (telur sebiji)
- 2 biji kuning telur
- 75ml susu full cream
- 45gram gula kastor
- Sedikit esen vanilla
- 150ml whipping krim
- Puff pastry
Cara Penyediaan
- Campurkan ke semua bahan dalam mangkuk kecuali puff pastry dan kacau sehingga sebati.
- Sediakan puff pastry dan tekapkan dengan cawan, selepas itu masukkan dia dalam acuannya dan tekankan sedikit.
- Masukan campuran bahan yang telah disediakan tadi tapi jangan sampai penuh.
- Bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah c selama 20 minit. Kalau guna air fryer, tetapkan suhu 180 darjah c dan masak selama 20 minit.
- Bila sudah masak, keluarkan untuk dinikmati. Boleh juga disimpan di dalam peti ais di bahagian chiller.
Memang mudah sahaja resepi egg tart ini, kan? Kalau guna air fryer sememangnya lebih jimat masa. Sekarang apa jenis resepi boleh disediakan menggunakannya. Bagi penggemar pencuci mulut ini, perlulah cuba.
Selamat mencuba!
Kredit: Izz Aishah di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) OFFICIAL
Baca Juga: Resepi Sukatan Cawan Kuih Sagu Yang Enak, Sekali Buat Terus Menjadi. Confirm Tak Menyesal!