Penggunaan bekas plastik amat berguna dan menjimat. Mudah didapati dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna, ia sering digunakan untuk menyimpan pelbagai makanan di rumah. Selain digunakan untuk menyimpan makan sejuk beku di peti ais, bekas tersebut sesuai digunakan untuk menyimpan lauk-pauk berkuah.
Namun memandangkan lauk berkuah ini sering meninggalkan kesan minyak yang degil, hal itu menjadikannya sukar untuk dibersihkan. Walaupun disental dengan pelbagai jenis sabun, ia tetap ada dan menyebabkan kotoran. Tidak mampu untuk menghilangkannya, akhirnya bekas itu terpaksa dibuang. Perkara itu akan menyebabkan kerugian. Dari dibuang bekasnya, adalah lebih elok jika kita mencuba cara lain untuk membersihkan bekas yang kotor dengan kesan minyak.
Memandangkan kesan minyak degil di bekas plastik ini sudah menjadi suatu masalah bagi ramai orang, seorang wanita, ptrkhansa14 telah memuat naik sebuah video di laman TikTok dan berkongsi caranya mengatasi masalah tersebut.
Dengan hanya tiga bahan yang mudah didapati di dapur sahaja, ikuti perkongsian yang bermanfaat darinya.
@ptrkhansa14 Ga boros air, ga boros minyak👍🏻
@ptrkhansa14Ga boros air, ga boros minyak👍🏻♬ Funny Music – Gold-Tiger
Tips ini sangat berguna dan memudahkan kerja membersihkan bekas plastik yang mempunyai kesan minyak yang degil. Lain kali tak perlu penat menyentalnya, hanya amalkan cara yang telah dikongsikan oleh wanita ini. Amat berkesan dan sangat mudah.
Semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini.
Kredit: TikTok ptrkhansa14
Baca Juga: “Seram Nak Pegang..”, Tengah Siang Ikan, Wanita Ini Terkejut Bila Jumpa Ulat Dalam Perut Ikan