Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Masak Udang Kam Heong, Mudah & Sedap. Rasa Sama Macam Restoran

Cara Masak Udang Kam Heong, Mudah & Sedap. Rasa Sama Macam Restoran

Kategori: ,
UDANG KAM HEONG

Masakan Kam Heong semakin dikenali dan disajikan di pelbagai kedai makan. Rasanya yang pedas, manis, masin dan sedikit masam dapat membangkitkan selera tapi ramai yang menyangka bahawa ianya sukar untuk disediakan. Tak juga, sebenarnya ringkas sahaja.

Jika anda ingin mencubanya, anda boleh cuba resepi udang Kam Heong yang telah dikongsikan oleh Yuni Kamaruddin di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Ringkas dan sedap, dijamin rasanya sama sangat dengan yang dihidangkan di mana-mana restoran.

Resepi Udang Kam Heong, Mudah Dan Sedap, Sama Seperti Di Restoran

Bahan-Bahan

  • 8 biji cili padi
  • 1 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • Sedikit air
  • Sedikit kicap manis
  • 1 sudu serbuk kari (dapatkan di sini)
  • Serbuk kunyit
  • Udang
  • Daun ketumbar

Cara Penyediaan

  1. Potong bawang merah dan bawang putih dalam bentuk dadu. UDANG KAM HEONG
  2. Perap udang dengan serbuk kunyit, garam dan gula.  UDANG KAM HEONG
  3. Dalam kuali, goreng udang separuh masak dan ketepikan. UDANG KAM HEONG
  4. Tumis kesemua bahan tumis sehingga garing, jangan sehingga hangit. UDANG KAM HEONG
  5. Masukkan serbuk kari, sos cili, kicap dan sos tiram. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sebati. UDANG KAM HEONG
  6. Akhir sekali masukkan udang. Kacau sebati sekejap sahaja sebab udang dah separuh masuk. Garam tak perlu sebab masa perap udang tadi dah letakkan. Tutup api dan taburkan daun ketumbar sebagai hiasan dan aroma. UDANG KAM HEONG UDANG KAM HEONG

Walaupun nampak susah tapi rupanya mudah sahaja untuk menyediakan udang kam heong ini. Tak sangka pula! Sesuai juga dimakan sebagai lauk berbuka puasa, anda jangan lah pula terlepas untuk mencubanya. Sangat sedap dan dijamin bertambah nasi nanti.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Yuni Kamaruddin di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis Kacang, Boleh Disimpan & Dijadikan Lauk Untuk Bersahur

tags: | |