Ketika sahur, sudah tentu kita akan berasa sedikit keberatan untuk memasak di dapur. Sebab itu ramai yang bersahur ala kadar sahaja, akhir sekali belum lagi waktu tengah hari sudah lapar.
Adalah seeloknya kita bersahur dengan sedikit nasi putih dan lauk yang simple. Jika anda tak sempat masak, anda boleh menyediakan sambal tempe ikan bilis kacang yang sesuai disimpan untuk sahur. Ini resepinya yang telah dikongsikan oleh Sharinaz Redwan di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Resepi Sambal Tempe Ikan Bilis Kacang, Sesuai Juga Sebagai Lauk Untuk Sahur
Bahan-Bahan
- 6 peket tempe (dihiris nipis)
- 2 cawan ikan bilis (dicuci dahulu)
- 500gram kacang
Bahan Sambal
- 2 senduk cili blend
- 3 biji bawang merah (dikisar)
- 5 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 ketul gula kabung
- 4 keping asam keping
- Garam secukupnya
- Minyak goreng tempe tadi
Cara Penyediaan
- Dalam kuali, letakkan minyak dan biarkan panas. Goreng ikan bilis, kacang dan tempe sehingga garing, angkat dan ketepikan.
- Tumiskan bahan kisar dengan gula kabung, asam keping sehingga pecah minyak. Kena masak lama sikit sampai cili itu garing ya.
- Bila dah siap, tutup api dan biarkan sekejap.
- Boleh tambahkan garam mengikut citarasa masing-masing.
- Kemudian, tambahkan tempe, kacang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga rata dengan sambal.
- Angkat dan boleh disimpan untuk dimakan kemudian.
Mudah sahaja resepi ini, kan? Bagi anda yang ingin hidangan yang ringkas untuk bersahur, perlulah cuba sambal tempe ikan ikan bilis kacang ini. Dijamin sedap walaupun sangat simple.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.
Kredit: TikTok Sharinaz Redwan di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Ini Resepi Puding Roti Pisang Versi Healthy. Rendah Kalori, Sesuai Untuk Mereka Yang Ingin Diet