Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Air Sunquick Mangga Susu Yang Ringkas Dan Sedap!

Ini Cara Buat Air Sunquick Mangga Susu Yang Ringkas Dan Sedap!

Kategori:

Bila sudah tiba waktu berbuka puasa, aneka minuman sejuk sudah tentu menjadi pilihan ramai terutama jika cuaca panas seharian. kebiasaannya, jika ke bazar, tentunya banyak pilihan minuman yang boleh dibeli.

Kalau anda lebih memilih untuk hasilkan sendiri seleksi minuman sejuk yang sedap di rumah yang tidak memerlukan pengeluaran duit yang banyak, anda ikuti sahaja perkongsian resipi di bawah ini yang mana air Sunquick Mangga Susu ini sangat lah mudah untuk dihasilkan.

Cara Buat Air Sunquick Mangga Susu Yang Sedap Dan Padu!

Bahan-bahan:

  • Sunquick mangga
  • Air Panas
  • Susu Pekat
  • Ais
  • Susu krimer sejat

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air dan tuangkan ke dalam bekas.
  2. Masukkan 3 sudu besar sirap sunquick mangga ke dalam bekas kemudian kacau sehingga larut.
  3. Masukkan 3 sudu besar susu pekat dan kacau sehingga larut.
  4. Masukkan ais ke dalam gelas.
  5. Tuangkan air ke dalam gelas kemudian tuangkan susu krim sejat.
  6. Siap untuk dihidang.
@aliya.natasha4 Puasa day 4 ✨ sunquick sushuuu #mannacrunch #bukapuasa #ramadan2022 ♬ bunyi asal – Sempoiiiii – sempoiii_poi

Ini sahaja cara nak buat air sunquick mangga susu. Sangat lah mudah dan menjimatkan masa. Jadi, anda tak perlu lah keluar ke bazar untuk membeli minuman kerana minuman ini pun memang tak perlu makan masa yang panjang untuk menghasilkannya.

Selamat mencuba!

Kredit: aliya.natasha4

Baca Juga: Resepi Maggi Goreng Paling Sedap Di Dunia, Sangat Mudah & Yang Penting Letak ‘Gula’ Sikit Je!

tags: | | | |