Makanan Thai sangat terkenal sejak kebelakangan ini. Walaupun di bulan puasa, ada juga yang teringin untuk berbuka dengan pelbagai hidangan Thailand yang sememangnya sedap dan memuaskan.
Jika anda ingin menu yang enak dan mudah untuk disediakan untuk berbuka puasa, cubalah resepi sup tulang siam yang telah dikongsikan oleh Faezah Ismail. Ringkas dan sedap, sudah tentu seluruh keluarga anda akan menggemarinya.
Resepi Sup Tulang Siam, Rasanya Perghhh! Sedap Untuk Berbuka Puasa
Bahan-bahan
- 1kg tulang dan isi daging
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
- 2 inci halia (ditumbuk lumat)
- 5 ulas bawang merah (mayang halus)
- 1 sup bunjut tulang
- Rempah empat beradik
- 1 biji tomato (dibelah enam)
- 1 batang saderi (dipotong serong)
- 1 biji bawang holland (dibelah empat)
- 4 perencah sup siam Adabi (terpulang kalau nak kurangkan)
- Cili api
- Daun sup
- Daun bawang
- Limau nipis
- Bawang goreng
Cara penyediaan
- Rebus tulang dan daging sampai empuk. Masukkan sup bunjut. Biarkan sekejap.
- Tumis rempah empat beradik, halia, bawang putih. Bila bawang putih dah garing masukkan bawang merah mayang. Goreng api perlahan sampai garing.
- Dah garing boleh tutup api. Masukkan dalam air rebusan tulang tadi. Tutup. Biarkan sekejap.
- Masukkan tomato, saderi, bawang holland, perencah sup siam, garam dan gula. Rasakan mengikut citarasa masing-masing.
- Masukkan lada, limau nipis, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Boleh hidangkan. Makan dengan nasi putih dan telur dadar.
- Siap untuk dinikmati.
Ingat susah tapi rupanya mudah sahaja untuk menyediakan sup tulang siam di rumah. Rasanya tentu sesedap seperti di restoran Thai, kan? Bagi anda yang ingin mencuba, janganlah lupa untuk cuba resepi ini di dapur nanti.
Selamat mencuba!
Kredit: Faezah Ismail
Baca Juga: Jom Cuba Resepi Luk Chup, Pencuci Mulut Thai Yang Sedap & Sangat Comel