Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bukan Nak Hina Tapi..”, Geram Beli Kuih Keria Keras, Nak Gigit Pun Boleh Pecah Gigi

“Bukan Nak Hina Tapi..”, Geram Beli Kuih Keria Keras, Nak Gigit Pun Boleh Pecah Gigi

Kategori:
KUIH KERIA KERAS

Pembukaan bazar Ramadan seperti dahulu memberi peluang bagi orang ramai meniaga demi mencari rezeki sampingan untuk menyambut Syawal yang bakal tiba.  Oleh itu, ramai yang nekad meniaga dengan menjual aneka makanan dan minuman. Antaranya adalah kuih-muih.

Namun begitu, ada juga yang cuba mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini. Jika dilihat, pelbagai aduan telah diajukan oleh orang ramai mengenai makanan dan minuman yang telah dibeli di bazar. Tidak dinafikan bahawa hal itu berlaku dari kesilapan yang tidak disengajakan namun kebanyakkan berpunca dari kelalaian peniaga yang hanya mementingkan untung.

Geram Beli Kuih Keria Keras, Nak Gigit Pun Boleh Pecah Gigi

Pergi ke bazar Ramadan untuk mencari juadah berbuka puasa, seorang lelaki telah membeli beberapa butir kuih keria dari seorang peniaga untuk dijadikan hidangan berbuka.

Namun apabila tiba waktunya untuk menikmati kuih itu, lelaki tersebut berasa kecewa apabila mendapati kuih keria itu terlalu keras untuk dimakan. Boleh merosakkan gigi jika digigit, lelaki itu tidak berpuas hati lalu membaling kuih itu pada pintu. Ianya kemudian didapati pecah berderai. KUIH KERIA KERAS

Jelasnya, niatnya membaling kuih keria keras itu bukan untuk menghina makanan tapi dia cukup muak dengan sikap peniaga yang menipu pelanggan dengan cuba recycle semula makanan yang tidak kehabisan kelmarin. KUIH KERIA KERAS

Tidak jujur dengan meniaga, lelaki itu berasa sangat kecewa dengan peniaga tersebut yang telah menipu dirinya dan pelanggan lain.

@acyd3lta_666

member…bukan nk hina makanan . tp sikap peniaga yg recycle semula kuih …keras giler . siap salut lain … balingan tu menunjuk kan bertapa keras ..

♬ original sound – Yuzrin Yusoff – Yuzrin Yusoff

@acyd3lta_666member…bukan nk hina makanan . tp sikap peniaga yg recycle semula kuih …keras giler . siap salut lain … balingan tu menunjuk kan bertapa keras ..

♬ original sound – Yuzrin Yusoff

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terkejut melihat perkara tersebut. Tak sangka kuih keria itu keras sebegitu, nasib baik pintu itu tidak berlubang.

“Nasib Baik..” KUIH KERIA KERAS KUIH KERIA KERAS

Meniaga ini bukanlah hal yang mudah, sudah tentu ada hari yang kita akan dilimpahi dengan rezeki dan sebaliknya. Namun begitu, ia tidak seharusnya menjadi alasan buat para peniaga untuk mengambil jalan mudah dan menipu pelanggan sebegitu rupa. Dalam meniaga perlulah ada kejujuran dan keikhlasan.

Kredit: Yuzrin Yusoff

Baca Juga: Kereta BMW Parking Di Lokasi Bazar Ramadan, Nak Keluar Pun Tak Boleh

 

tags: | | |