Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cuba Resepi Meringue Cookies Pula. Rasa Sebijik Macam Gula-Gula Kapas & Cair Di Mulut

Cuba Resepi Meringue Cookies Pula. Rasa Sebijik Macam Gula-Gula Kapas & Cair Di Mulut

Kategori: ,,
meringue cookies

Raya kan sebulan, jadi walaupun ia sudah berlalu, ia masih lagi diraikan di seluruh Malaysia. Malah ketika ini, ada juga yang masih menerima tetamu yang datang dari jauh untuk bertemu mata dan bertanya khabar.

Untuk menyambut tetamu yang datang beraya, sudah tentu biskut dan kuih raya dihidangkan untuk dinikmati. Tapi dah pelbagai resepi biskut yang telah dikongsikan, jom la cuba yang baru pula.

Sekarang meringue cookies sangat terkenal jadi ketika menerima tetamu, hidanglah pada mereka. Ini resepinya yang telah dikongsikan oleh Nour Hany di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Cuba Resepi Meringue Cookies Pula. Rasa Sebijik Macam Gula-Gula Kapas Dan Cair Di Mulut

Bahan-bahan

  • 2 biji putih telur
  • Gula aising
  • Secoet (hujung sudu kecil) cream of tartar
  • 1 sudu kecil serbuk vanilla -dapatkan di sini
  • Secubit garam
  • Pewarna makanan gel
  • Piping bag
  • Nozzles
  • Baking paper

Cara penyediaan

  1. Sediakan putih telur dan pastikan tiada secebis kuning telur atau air termasuk sekali. Letakkan di dalam bekas mixing bowl stainless steel yang ada. meringue cookies
  2. Kemudian, timbang gula aising dua kali ganda berat putih telur tadi. Contohnya, kalau putih telur 60 gram, gula aising 120 gram.
  3. Boleh mula pukul putih telur dengan gula menggunakan mixer. Mula dengan speed lowest, naik ke medium.
  4. Masukkan garam, cream of tartar, serbuk vanilla. Bila sudah berbuih, masukkan gula aising tadi. Guna speed maximum. Teruskan pukul non stop. Sambil itu, kaup-kaup la di bahagian bawah bowl tadi. Bagi semua rata kena pukul.
  5. Pukul sampai betul-betul stiff peak. Lebih kurang 15 minit atau lebih. Bergantung pada mixer anda. meringue cookies
  6. Bila dah siap pukul, boleh lah bahagikan mengikut berapa color yang anda nak buat.
  7. Letakkan pewarna gel dan masukkan dalam piping bag yang ada nozzle. Lapik loyang dengan baking paper. meringue cookies
  8. Picit nozzle dan bentukkan meringue cookies mengikut bentuk kesukaan anda. meringue cookies
  9. Panaskan oven dahulu pada suhu 110 darjah. Kemudian, turunkan suhu pada 85 darjah dan bakar selama sejam setengah sehingga ke dua jam. Boleh periksa sekali sekala dan pastikan tekstur sesuai.
  10. Bila dah siap, tutup api oven dan biarkan sekejap dalam oven. Perubahan suhu yang mendadak akan buat dia cracked.
  11. Biskut dah siap, terus masukkan dalam bekas kedap udara. Sedia untuk dinikmati bila-bila masa. meringue cookies

Meringue cookies ini semestinya lebih unik dari mana-mana biskut Raya yang lain. Rupanya juga sangat cantik jadi anak-anak tentu akan menggemarinya. Pastikan buat banyak-banyak, confirm laku keras.

Selamat mencuba.

Kredit: Nour Hany

Baca Juga: Resepi Lepat Ubi Kayu Yang Sangat Ringkas Dan Sedap. 3 Steps Je Siap!

tags: | |