Syahmi Sazli merupakan seorang individu yang sangat berbakat. Pada mulanya, namanya dikenali oleh kerana berjaya menghasilkan pelbagai video dan cerita pendek di Youtube.
Ingin menebarkan sayapnya, Syahmi Sazli cuba pula berjinak dalam dunia perniagaan dengan menjual pelbagai benda. Walaupun pernah gagal, ia tidak mematahkan semangatnya dan dia tetap berusaha.
Kegigihannya mendatangkan hasil apabila kuah mukbang yang dijual di Shopee mendatangkan untung yang banyak buat dirinya meskipun barangan yang dijual itu adalah barangan orang lain.
Jadi untuk mencari rezeki buat bulan puasa yang lalu, Syahmi turut membuka sebuah gerai untuk menjual air balang. Nampak ringkas tapi setelah tiga minggu menjualnya, dia berjaya meraih untung sebanyak RM60,000! Rasa seperti tidak percaya, di sini Syahmi telah kongsikan jawapan pada segala pertanyaan yang sering diaju serta nasihatnya pada peniaga yang lain agar mampu berjaya sepertinya.
Menjual air balang sempena Ramadan, Syahmi Sazli berkongsi bahawa dia telah berjaya raih untung bersih sebanyak RM60,000. Hal itu membuatnya bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya.
Namun Syahmi tahu ramai yang ingin tahu bagaimana dia boleh berjaya sebegitu. Ada juga yang mempertikaikan bahawa rezeki yang diperolehi adalah kerana dia merupakan seorang yang sudah terkenal jadi amat mudah untuk menjual apa jenis barangan. Tentunya semuanya akan laku.
Di sini, Syahmi menjawab segala isu yang sering timbul.
Tak cukup dengan itu, ada juga yang yakin bahawa rezeki yang diperolehi oleh Syahmi adalah kerana amalannya yang begitu banyak. Mengaku dirinya tidaklah sebaik yang disangka, Syahmi Sazli bagaimanapun menasihati ramai untuk perbanyakkan zikir.
Seronoknya tengok kejayaan yang diperolehi oleh Syahmi Sazli dan keluarga. Setiap kejayaan itu tidak datang dengan mudah, seperti usahawan lain, dia turut mempunyai kisah duka yang ramai tidak tahu.
Yang penting tawakal dan yakin dengan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan. Semoga perkongsian Syahmi Sazli ini dapat sedikit sebanyak bantu memberi inspirasi pada peniaga lain untuk terus berusaha.
Kredit: Syahmi Sazli Production
Baca Juga: Kecoh Sebuah Kedai Makan Bila Seorang Lelaki Tidak Siuman Buat Kacau Dan Kejar Seorang Lelaki