Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Anak-Anak Tak Suka Makan Sayur? Cuba Hidangkan Brokoli Celup Tepung Ini Pula. Confirm Cepat Habis!

Anak-Anak Tak Suka Makan Sayur? Cuba Hidangkan Brokoli Celup Tepung Ini Pula. Confirm Cepat Habis!

Kategori: ,,
BROKOLI CELUP TEPUNG

Sayur-sayuran mempunyai banyak khasiat dan sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan. Untuk membantu pembesaran anak-anak dan melatih mereka untuk sentiasa mengamalkannya, ibu bapa cuba menghidangkannya tapi seringkali dibuang memandangkan rasa dan tekstur sayur itu tidak berapa sedap bagi mereka.

Selain dikisar bersama buah-buahan untuk dijadikan jus, ibu bapa boleh juga mencuba pelbagai resepi sayur-sayuran menarik. Antaranya adalah resepi brokoli celup tepung ini yang dijamin akan digemari oleh anak-anak anda.

Cara Buat Brokoli Celup Tepung, Anak-Anak Tentu Akan Suka. Confirm Cepat Habis!

Bahan-bahan

  • Sayur brokoli (boleh juga guna kubis bunga, baby corn atau lobak merah)
  • Tepung beras
  • Tepung rangup – boleh dapatkan DI SINI 
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Air
  • Garam BROKOLI CELUP TEPUNG

Cara penyediaan

  1. Basuh bersih sayur brokol anda dan potong pada beberapa bahagian kecil.
  2. Di atas dapur, panaskan air dan letakkan sedikit garam. Kemudian, renjiskan brokoli tadi dengan air itu. Bilas dengan air bersih dan toskan sehingga kering. BROKOLI CELUP TEPUNG
  3. Taburkan tepung beras dan tepung rangup pada brokoli. Kacau sehingga rata sampai semua brokoli bersalut dengan tepung. BROKOLI CELUP TEPUNG
  4. Masukkan pula satu sudu tepung gandum. Ini supaya brokoli rasa lembut selepas digoreng. Kacau lagi sehingga rata. BROKOLI CELUP TEPUNG
  5. Kemudian, panaskan kuali dengan api yang besar. Gorengkan brokoli sehingga salutan tepung menjadi keperanggan. BROKOLI CELUP TEPUNG
  6. Angkat dan toskan minyak, brokoli celup tepung sedia untuk dinikmati. BROKOLI CELUP TEPUNG

Brokoli celup tepung ini boleh dicicah bersama sos pilihan anda. Antaranya yang ini. Sememangnya akan menjadi lebih sedap dan anak-anak akan meminta lagi.

Dari menghidangkan nugget atau sosej, lebih baik anda mencuba resepi ini buat minum petang mereka. Lebih jimat dan mudah untuk disediakan. Anda juga boleh menggunakan air fryer untuk menggorengnya.

Selamat mencuba!

Kredit: Ezzatyy Suffian

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Popia Sayur, Mudah Sahaja Nak Buat Sendiri Di Rumah

tags: | |