Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Anak Kecil Buat Hal Di Dapur Ketika Ibu Sedang Solat, Stok Beras Rosak Gara-Gara..

Anak Kecil Buat Hal Di Dapur Ketika Ibu Sedang Solat, Stok Beras Rosak Gara-Gara..

Kategori:
ANAK KECIL

Tanggungjawab seorang ibu bukanlah semudah seperti yang disangka. Selain perlu meluangkan waktu dengan kerja dan mengemas rumah, mereka juga perlu menguruskan keluarga. Hal itu bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi jika memiliki anak kecil.

Ini kerana anak kecil yang sedang membesar tentu sangat lincah dan beria untuk menerokai persekitaran mereka. Oleh itu, mereka perlu sentiasa dipantau bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau hal-hal yang tidak diingini.

Anak Kecil Buat Hal Di Dapur Ketika Ibu Sedang Solat, Stok Beras Rosak Gara-Gara..

Ketika seluruh keluarga sedang sibuk menunaikan ibadah solat di dalam bilik masing-masing, mereka tidak menyedari tindakan anak kecil mereka di dapur boleh mengundang padah.

Memandangkan anaknya baru sahaja berusia tiga tahun, sudah tentu dia sangat teruja untuk meneroka semua ruangan yang ada. Tanpa sedar, anaknya telah mula bergerak ke dapur. ANAK KECIL

Selepas selesai sahaja melaksanakan solat, wanita itu terus ke ruangan dapur tapi terkejut apabila melihat ianya disentuh oleh anak kecilnya itu. Bila diperiksa, satu bekas beras didapati rosak apabila beberapa makanan manis, Coco Crunch telah ditumpahkan ke dalam berasnya. ANAK KECIL

Walaupun mengeluh dengan perkara itu, wanita itu tidak memarahi anaknya kerana memahami bahawa di usia yang masih kecil, sudah tentu dia sedang lincah membelajari persekitarannya. Hampir semua benda ingin disentuh!

https://www.tiktok.com/@mirathien_/video/7104972758785838363?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@mirathien_ Bila semua org solat yg c kecik sel2 otaknya sedang berhubung 🙆🏻‍♀️💆🏻‍♀️😌 #safiyyah #3tahun ♬ JJ JEDAE JEDER – zidanphlwn0

Di ruangan komen pula, ramai berpendapat bahawa kejadian itu terjadi mungkin kerana imiginasi anak kecilnya yang sedang bergerak liar. Menurut pengguna, hai.u, mungkin dia sedang mencuba resepi baharu iaitu bubur Coco Crunch, sebab itulah dia cuba mencampurkan beras dengan manisan tersebut.

Manakala tateh bukit rahman putra mengusik bahawa adik itu mungkin sedang terbayangkan iklan Coco Crunch yang sering dimainkan di kaca televisyen. Babak coco tertumpah ke ladang gandum terus menjadi Coco Crunch bermain di fikiran, mungkin dia cuba memainkan balik babak itu.

Mungkin Imiginasi Anak Sedang Bergerak Ketika Itu ANAK KECIL

Adui, ibu bapa hanya mampu sabar sahaja bila anak-anak berbuat begini. Maklumlah di usia mereka yang masih kecil ini, hampir semua benda nak pegang. Namun, mereka perlulah dipantau setiap masa supaya dapat menggelakkan perkara yang tidak diingini.

Kredit: mirathien_

Baca Juga: Pekerja McD Kena Prank! Suasana Kecoh Bila Kawan Sekerja Simbah Air Minuman Di Restoran

tags: | | | |