Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tapi Rasa Sedap Je! ” – Gara-Gara Kritik Nasi Lemak KFC, Ramai Yang Tak Setuju Dengan Lelaki Ini

“Tapi Rasa Sedap Je! ” – Gara-Gara Kritik Nasi Lemak KFC, Ramai Yang Tak Setuju Dengan Lelaki Ini

Kategori:
kritik nasi lemak kfc

Soal citarasa ini, semua orang berbeza-beza. Kalau sama, tentulah bosan. Sebab itulah terdapat aneka hidangan dari pelbagai jenis budaya dan masyarakat untuk dicuba.

Bab nasi pun ada yang berbeza pendapat. Tapi selalunya orang Malaysia gemar menikmati nasi yang sedikit keras dan kering. Oleh itu, untuk menarik pelanggan, peniaga perlulah menyediakannya mengikut citarasa mereka. Kalau tersalah, sudah tentu pelanggan akan berasa tidak berpuas hati.

Tak Puas Hati, Seorang Lelaki Kritik Nasi Lemak KFC

Terbaharu, seorang lelaki, apiz_balboa telah memuat naik sebuah video di media sosial untuk berkongsi rasa tidak puas hati dengan hidangan yang dibeli dari restoran makanan segera terkenal, KFC.

Membeli set nasi lemak untuk dimakan kemudian, lelaki itu membawanya pulang untuk dimakan. Namun ketika membuka bungkusan itu, lelaki itu terkilan melihat nasi yang disediakan. kritik nasi lemak kfckritik nasi lemak kfc

Menyentuhnya, tekstur yang lembik dan lerai di jari membuat lelaki itu berasa ia sama dengan bubur nasi. Hal itu juga buat dirinya berasa sedikit kecewa dan tidak berpuas hati dengan pihak KFC kerana menyediakan nasi yang tidak menepati seleranya. kritik nasi lemak kfc

@apiz_balboa

Nasi lemak ke bubur ni hanat? #kfc #kfcsenawang

♬ –

@apiz_balboa Nasi lemak ke bubur ni hanat? #kfc #kfcsenawang ♬ original sound – ipannnn

Namun di ruangan komen, lain pula pendapat orang ramai. Rata-rata tidak bersetuju dengan lelaki itu. Menurut mereka, tekstur nasi yang sedikit lembik itu menjadi kesukaan mereka. Rasanya pun sedap!

Pengguna axd berkata; “Tapi aku suka nasi camtu. Best doo! Rasa sedap je, hari tu aku dapat nasi camtu jugak. Best gila dapat nasi camtu. Nikmat layan!”.

Ramai Suka Nasi Begitu, Tak Setuju Dengan Lelaki Itu kritik nasi lemak kfc

Alahai, biasalah tu. Setiap orang mempunyai selera masing-masing. Ada yang suka nasi yang sedikit keras, ada juga yang suka nasi yang lembik sebegitu. Tak perlu gaduh-gaduh mengenai perkara sebegitu. Yang penting rasanya tetap sedap dan kenyang perut bila dimakan.

Kredit: apiz_balboa

Baca Juga: Nak Buat Air Terus Tak Jadi, Peniaga Ini Cuak Gara-Gara Dirakam Pelanggan Demi Content TikTok

tags: | |