Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cuaca Panas? Jom Ke Dapur & Sediakan Agar-Agar Buah Ini. Makan Sejuk-Sejuk Sangat Best!

Cuaca Panas? Jom Ke Dapur & Sediakan Agar-Agar Buah Ini. Makan Sejuk-Sejuk Sangat Best!

Kategori: ,
AGAR-AGAR BUAH

Agar-agar merupakan pencuci mulut yang sangat ringkas tapi tetap digemari ramai. Cara penyediaannya juga sangat mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa pun tapi memandangkan terdapat pelbagai resepi agar-agar yang ada, setiap bahan-bahan dan kaedah yang digunakan mungkin sedikit berbeza.

Memandangkan cuaca di Malaysia asyik panas sahaja, anda bolehlah menyediakan pencuci mulut ini untuk dinikmati. Untuk kelainan, kita tambahkan sedikit buah-buahan. Ini resepi agar-agar buah yang telah dikongsikan oleh Miz’s Shaliza di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Cuaca Panas? Jom Ke Dapur & Sediakan Agar-Agar Buah Ini. Makan Sejuk-Sejuk Sangat Best!

Bahan-bahan

  • 10 gram serbuk agar-agar (clear)
  • 200 gram gula pasir halus
  • Air 1 liter
  • Buah strawberi (potong dadu)
  • Buah kiwi (potong dadu)
  • Buah mangga (potong dadu) AGAR-AGAR BUAH

Cara penyediaan

  1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut.
  2. Masak sampai mendidih dan tutup api.
  3. Letakkan buah-buahan yang telah dipotong ke dalam acuan.AGAR-AGAR BUAH AGAR-AGAR BUAH
  4. Tuangkan agar-agar dalam acuan yang dah berisi dengan buah. AGAR-AGAR BUAH
  5. Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam supaya agar-agar menggeras.
  6. Setelah agar-agar keras, keluarkan dari peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.  AGAR-AGAR BUAH

Ringkas sangat resepi agar-agar buah ini untuk disediakan. Hasilnya pun nampak cantik, kan? Buat banyak-banyak dan nikmatinya tak mengira waktu, sudah tentu akan puas hati.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Miz’s Shaliza di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Puteri Ayu Cheese Warna Warni, Bukan Sahaja Cantik! Tapi Sedap Dan Cair Di Mulut!

tags: | | | |