Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Geram Tak Dapat Sum-Sum Tulang Gearbox, Wanita Hingga Sanggup Pecahkan Pinggan Makan

Geram Tak Dapat Sum-Sum Tulang Gearbox, Wanita Hingga Sanggup Pecahkan Pinggan Makan

Kategori:
CUBA PECAHKAN PINGGAN

Tulang gearbox memang enak dimasak kari atau sup. Kalau ditambah, ia menjadikan mana-mana kuah sangat berlemak. Apa yang lebih unik adalah sum-sum tulang itu yang sangat sedap diratah.

Bagi penggemar tulang gearbox, sum-sum tulang ibarat permata yang sangat berharga dan sering menjadi buruan. Rasa rugi dan tak puas hati apabila tak dapat memakannya, sampai ada yang sangup buat apa sahaja untuk mendapatkannya.

Geram Tak Dapat Sum-Sum Tulang Gearbox, Wanita Cuba Pecahkan Pinggan Makan

Seorang peniaga telah menerima kunjungan beberapa orang pelanggan di kedai makan yang sedang diusahakan. Memandangkan mereka dikenali dengan pelbagai hidangan tulang gearbox, ia sering menjadi pilihan pelanggan.

Perniagaan diteruskan seperti biasa namun peniaga itu menyedari tindakan aneh seorang pelanggan. Enak menikmati tulang gearbox yang dipesan, wanita itu tidak puas hati dan cuba mengeluarkan sum-sum tulang. CUBA PECAHKAN PINGGAN

Namun usahanya tidak mendatangkan hasil. Mungkin berasa geram, dia cuba pula dengan menghentakkan tulang itu pada pinggan makan. Tindakannya itu boleh menyebabkan pinggan pecah kalau diteruskan. CUBA PECAHKAN PINGGAN

Melihat tindakannya, peniaga tersebut tidak melarang wanita itu sebaliknya berasa sangat terhibur pula.

@pakehofficial Kata nya sampai harini sis ni tak dapat rasa lemak gearbox tu 😌 #fyp #nasigorengpakeh #warisanpakeh #eskeli #xyzbca #fypdongggggggg #fypシ゚viral ♬ original sound – Pak Eh Official

Di ruangan komen pula, orang ramai turut berasa tergelak melihat telatah wanita tersebut. Menurut mereka, mungkin caranya salah, sebab itulah sum-sum tulang itu tidak dapat dikeluarkan.

Oleh itu, seorang pengguna, geraldanderson93.gmail menasihatkan untuk menggunakan straw lain kali. Hal ini kerana ia lebih mudah dan tidak memerlu untuk memecahkan tulang atau menghentak di atas pinggan makan.

Sum-Sum Tulang Tak Keluar? Salah Cara Tu.. CUBA PECAHKAN PINGGAN

Kalau gemar sangat dengan sum-sum tulang pun janganlah sampai cuba pecahkan pinggan makan pula. Kesian dekat peniaga yang perlu tanggung kerugian dan mengemasnya. Pastikan anda guna teknik yang betul untuk memakannya, lebih mudah dan tiada kerosakkan yang berlaku.

Kredit: pakehofficial

Baca Juga: “Agak-Agak La..” – Motor Rider Grab Terjatuh Gara-Gara Cuba Bawa Order Pelanggan Yang Melampau

tags: | |