Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Agak-Agak La..” – Motor Rider Grab Terjatuh Gara-Gara Cuba Bawa Order Pelanggan Yang Melampau

“Agak-Agak La..” – Motor Rider Grab Terjatuh Gara-Gara Cuba Bawa Order Pelanggan Yang Melampau

Kategori:
PELANGGAN YANG MELAMPAU

Untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat, ramai yang beralih untuk melakukan pekerjaan sebagai seorang food rider. Samada sebagai sepenuh atau separuh masa, pekerjaan itu menjadi pilihan ramai kerana mudah dan fleksibel.

Namun begitu, tak bermaksud ia sesuatu pekerjaan yang mudah. Selain menghadapi risiko yang besar di jalan raya, mereka turut perlu menghadapi pelbagai kerenah pelanggan yang ada kalanya sangat tidak masuk akal dan menyusahkan para rider.

“Agak-Agak La..” – Motor Rider Grab Terjatuh Gara-Gara Cuba Bawa Order Pelanggan Yang Melampau

Sedang melakukan perjalanan dan berada di dalam kereta, seorang pengguna media sosial, cekelathacks, telah terserempak dengan seorang rider Grab Food yang sedang bersiap sedia untuk menghantarkan pesanan pelanggan.  PELANGGAN YANG MELAMPAU

Memerhati dari jauh, dia berasa bersimpati apabila melihat keadaan rider tersebut. Oleh kerana pelanggan telah memesan begitu banyak beg ais batu, rider itu terpaksa bersusah payah membawanya. Memandangkan hanya menaiki motosikal, jelas dia tidak mempunyai ruang yang cukup untuk membawa pesanan itu.  PELANGGAN YANG MELAMPAU

Tapi demi mencari rezeki, dia tetap gigih dan cuba sedaya upaya. Namun usahanya sia-sia sahaja apabila motosikal yang dinaiki tidak mampu menampung berat ais batu itu dan akhirnya terjatuh dan menyebabkan ais batu bersepah di serata jalan raya.

https://www.tiktok.com/@cekelathacks/video/7109424173503614234?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@cekelathacks Terkejut tgk encik grab bawa ais smpai 6 beg..struggle is real..semoga baik2 je..#fyppppppppppppppppppppppp #fypdongggggggg #zyxcba #grabfood #fypシ゚viral ♬ original sound – Cekelat Hacks649

Menjengah di ruangan komen, orang ramai jelas turut bersimpati dengan rider itu. Malah, ada juga yang bengang dengan pelanggan yang telah melakukan pesanan itu.

Seperti tiada common sense, seorang pengguna, MisHemmo menasihatkan pada orang lain untuk bertimbang rasa dan tidak terlalu mementingkan diri sendiri. Memandangkan kebanyakkan rider menggunakan motosikal untuk menghantarkan makanan, janganlah kita meletakkan pesanan yang terlalu banyak sehingga menyusahkan mereka.

Orang Ramai Nasihat Jangan Susahkan Rider PELANGGAN YANG MELAMPAU PELANGGAN YANG MELAMPAU

Tak salah untuk memesan menggunakan perkhidmatan yang sedia ada tapi janganlah sehingga kita menyusahkan para rider dengan menjadi seorang pelanggan yang melampau. Sebelum melakukan pesanan, pastikan anda bertimbang rasa dan mempunyai sedikit common sense.

Kredit: cekelathacks

Baca Juga: Pelanggan Foodpanda Minta Sudu Dalam Pesanan Tambahan, Wanita Ini Terkejut Bila Dapat..

tags: | | | |