Bila tiba musim Hari Raya Haji, pasti hal daging adalah antara benda yang menjadi sebutan. Ada di antara kita yang bertanya tentang sebab kenapa daging masih liat dan keras walaupun direbus dan dimasak lama.
Ini adalah faktor pemotongan daging yang salah. Cara potong daging hendaklah betul dan kena pada urat.
Biasanya, kami hanya kongsikan tips daging lembut sahaja kan? Jadi, pada perkongsian kali ini, kami turut kongsikan petua dan cara mudah untuk sesiapa yang nak potong daging selain tips lembutkan daging dan hilangkan bau ketika masak.
Petua ini dikongsikan seorang wanita bernama Noor Niza menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ini.
“Siapa nak mudah potong daging bagi lembut, saya akan tunjukkan cara.” tulisnya.
Sudah siap potongan daging untuk tekstur yang lembut dan masakan yang tidak berbau. Biasalah, untuk daging yang fresh dipotong memang ada bau sedikit. Boleh lah cuba langkah tips daging lembut dan tidak berbau ini okay!
Sumber: Noor Niza
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Pilih Pes Tomyam Yang Sedap! Bekas Nampak Sama Tapi Rasa Yang Berbeza!