Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ni Yang Aku Tak Suka..” – Anak Pelanggan Buat Hal, Akhirnya Pekerja Pasar Raya Ini Yang Perlu Tanggung Akibat

“Ni Yang Aku Tak Suka..” – Anak Pelanggan Buat Hal, Akhirnya Pekerja Pasar Raya Ini Yang Perlu Tanggung Akibat

Kategori:
ANAK PELANGGAN BUAT HAL

Tugas menjaga anak yang kecil bukanlah sesuatu yang mudah. Di usia sebegitu, mereka lebih suka meneroka dunia sekeliling mereka jadi ibu bapa perlu berwaspada dan jangan terlalu lalai.

Sekali terlepas pandang, sudah tentu anak-anak akan mudah terlepas dan bermain sesuka hati. Walaupun perkara itu bukanlah sesuatu yang salah tapi selalunya mereka akan cuai dan akhirnya menyebabkan kerosakkan tanpa sengaja. Insiden sebegitu telah berlaku di sebuah pasar raya baru-baru ini. Ikuti perkongsian kisahnya di bawah.

“Ni Yang Aku Tak Suka..” – Anak Pelanggan Buat Hal, Akhirnya Pekerja Pasar Raya Ini Yang Perlu Tanggung Akibat

Berlaku di sebuah pasar raya, seorang pekerja bangtam8684 telah memuat naik sebuah video untuk meluahkan rasa geram dengan tindakan seorang kanak-kanak nakal yang telah memecahkan dua botol budu di pasar raya tersebut. ANAK PELANGGAN BUAT HAL

Ketika sedang leka berkeliaran dan bermain di sekeliling pasar raya, kanak-kanak itu terus mencapai botol budu yang telah disusun rapi pada rak. Namun hal yang tak diduga berlaku apabila dia telah menjatuhkan botol-botol tersebut sehingga menyebabkannya pecah berderai dan sos budu tertumpah ke lantai. ANAK PELANGGAN BUAT HAL ANAK PELANGGAN BUAT HAL

Perlu membersihkannya, pekerja tersebut dipanggil. Sambil mengutip kaca-kaca, pekerja itu mengeluh. Bukan kerana dengan tindakan melulu kanak-kanak itu tapi dengan bau budu tersebut yang terlalu kuat sehingga membuatnya berasa loya.

https://www.tiktok.com/@bangtam8684/video/7114838939676019994

@bangtam8684 #fypシ#palingakutaksukabaubendani#fypage ♬ bunyi asal – Muhammad Aszrul

Ketika orang ramai sedang bergurau mengenai komen bau budu yang telah dilontarkan oleh lelaki itu, seorang lelaki, Muhammad Naim Rock tampil di ruangan komen dan kesal dengan tindakan ibu bapa tersebut yang sepatutnya menjaga anak-anak seeloknya supaya perkara itu tidak berlaku.

Ibu Bapa Perlu Lebih Berhati-Hati ANAK PELANGGAN BUAT HAL

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dan memastikan anak-anak tidak berkeliaran, terutamanya di tempat awam. Pastikan anda sentiasa membimbingi mereka dan menasihati supaya tidak berkeliaran sesuka hati.

Kredit: bangtam8684

Baca Juga: Anak Hampir Dihempap Sinki Di Kedai Makan, Tapi Reaksi Ibu Bapa Pula Undang Rasa Marah Dari Orang Ramai

tags: | |