Menjadi seorang pengusaha kedai makan bukanlah sesuatu yang mudah. Selain diuji dengan peningkatan harga barangan dari masa ke semasa, mereka juga perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan.
Bercakap soal pelanggan, setiap orang mempunyai pelbagai ragam. Ada yang baik, ada pula yang sebaliknya. Paling perit apabila peniaga sudah bertungkus-lumus penat meniaga sepangjang hari tapi akhirnya ditipu oleh pelanggan sendiri.
Terbaharu, seorang peniaga, noredamaksu berkongsi kisah menyayat hati yang telah terjadi ke atas dirinya. Mempunyai sebuah perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan, dia tak sangka salah seorang pelanggannya sanggup menipu dirinya.
Meniaga seperti biasa pada hari kejadian, peniaga itu ke kaunter untuk menggira makanan yang dibeli pelanggan. Dari rakaman video tersebut, pelanggan tersebut kelihatan telah mengeluarkan wang sebanyak RM15 untuk membayar makanannya.
Tapi tindakannya mula melihat mencurigakan apabila dia menggulung wang sebanyak RM5 disebalik RM10 yang turut dihulurkan. Namun peniaga yang sedang membungkus makanan itu tidak tersedar akan hal tersebut.
Tak lama kemudian ketika mengira wang, peniaga tersebut menyedari wang bernilai RM5 yang telah dihulurkan pelanggan tadi telah koyak rabak dan tidak boleh digunakan lagi. Hal itu membuatnya terkilan kerana tak sangka masih ada segelintir pelanggan yang tergamak berbuat begitu.
Tambahan, dia turut menasihati rakan peniaga untuk lebih berhati-hati dan memeriksa wang yang dihulurkan terlebih dahulu supaya tidak senasib dengannya.
@noredamaksu kepada peniaga2, berhati-hatilah ketika meniaga…kejadian hari ini,pelanggan bayar guna duit koyak😢#foryoupage #peniaga
@noredamaksu kepada peniaga2, berhati-hatilah ketika meniaga…kejadian hari ini,pelanggan bayar guna duit koyak😢#foryoupage #peniaga ♬ Astaghfirullah (Robbal Baroya) – Islamic Qasidah
Namun di ruangan video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai berpendapat bahawa bukan sahaja peniaga yang menjadi mangsa pada perkara itu tapi turut golongan pelanggan.
Menurut pengguna Nur Nazirah463, dia yang merupakan seorang pelanggan pernah menerima duit koyak, diconteng dan wang syiling karat. Meskipun sedih, suaminya berjaya memujuknya.
Sebelum ingin menghulurkan wang, pastikan anda berhati-hati dan memeriksanya terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya, jangalah hulurkan wang yang sudah koyak dan tidak boleh digunakan. Ibarat menipu orang lain pula.
Kredit: noredamaksu