Kerjaya sebagai seorang food rider amat memudahkan. Dengan upah yang berpatutan dan waktu yang fleksibel, segelintir orang ramai senang melakukan perkerjaan tersebut, terutamanya mereka yang baru sahaja kahwin dan mempunyai keluarga yang kecil.
Ingin membantu mencari rezeki yang lebih demi menampung perbelanjaan keluarga, para rider bagaimanapun harus berhati-hati ketika berkerja. Takut nanti terserempak dengan individu yang akan mengambil kesempatan ke atas diri mereka. Hal itu terjadi pada rider ini.
Memandangkan sudah larut malam dan terlalu penat untuk memasak, seorang wanita, sarrahli95 telah memesan makanan menggunakan aplikasi Foodpanda.
Setelah beberapa minit, seorang rider tiba untuk menghantarkan makanan dan minuman yang telah dipesannya. Melihat rupa yang dikenali, wanita itu beria untuk mengambil pesanannya.
Ketika perlu membayar, wanita itu bagaimanapun enggan dan meminta rider tersebut untuk membelanjakannya memandangkan si rider merupakan suaminya yang melakukan perkerjaan tersebut untuk mencari rezeki buat mereka.
Suaminya cuba meminta bayaran itu tapi memandangkan wanita ini sering menang, dia terpaksa akur apabila wanita itu memujuk suaminya untuk memberikan pesanan tersebut secara percuma.
Perlu dibayar juga, agaknya si suami itulah yang menanggung pesanan itu. Memang seronok pula bila suami kerja sebagai rider, kan?
@sarrahali95 Laaa dia mintak duit pulak 😂😂 #fyp #foodpanda #abangpanda
@sarrahali95 Laaa dia mintak duit pulak 😂😂 #fyp #foodpanda #abangpanda ♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop
Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut berasa terhibur melihat gelagat pasangan tersebut. Menurut beberapa orang pengguna seperti deana dan MyEvo10, wanita itu sangat bertuah kerana mempunyai suami yang berkerja sebagai seorang rider. Boleh la dapat pesanan percuma tiap-tiap hari!
Siapa yang ada suami yang berkerja sebagai seorang rider, mungkin anda juga boleh cuba cara wanita ini? Tapi jangan selalu sangat tau. Kesian pula dekat suami yang penat berkerja, takut nanti pokai pula. Kalau dah pesan tu, perlulah bayar juga nanti.
Kredit: sarrahli95
Baca Juga: “Ketuk Macam Minta Hutang..” – Gelagat Anjing Comel Minta Air Dengan Jiran Buat Ramai Terhibur