Puding merupakan pencuci mulut yang enak dinikmati tak mengira waktu. Terutamanya di Malaysia di mana cuacanya sering panas, ia selalu menjadi pilihan untuk menyejukkan tekak.
Terdapat pelbagai jenis puding yang menarik untuk dicuba, antara yang klasik adalah puding laici zaman 90-an ini. Lebih simple, resepi ini mengimbau kenangan indah ketika dahulu. Nak tahu cara untuk menyediakannya? Ini resepinya.
Resepi Puding Laici Zaman 90-an, Sekali Cuba Terus Mengimbau Kenangan Masa Lalu
Bahan-bahan
- 12 gram agar-agar tali
- 6 cawan air
- 1 tin laici
- 1 tin susu cair
- 1 cawan gula
- 3 biji telur gred B (kalau pakai gred A guna 2 biji sahaja)
- 2 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan 3 sudu makan air
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecil garam
Cara penyediaan
- Basuh dahulu agar-agar tali dan dalam periuk, letakkan enam cawan air bersama agar-agar tali. Biarkan dalam lima hingga 6 minit atau sampai mendidih, kacau-kacau perlahan dengan api yang perlahan.
- Selepas itu, masukkan gula. Biarkan gula larut dulu sambil kacau-kacau.
- Sementara itu, pecahkan 3 biji telur, kacau sebati dan masukkan bersama susu cair.
- Masukkan esen vanilla dan garam. Kacau biar sebati dan ketepikan.
- Dalam bekas yang lain, masukkan tepung kastard dan bancuh bersama air. Kacau sebati dan masukkan ke dalam telur yang dah dikacau dengan susu cair tadi.
- Kacau sebati dan masukkan ke dalam air agar-agar.
- Kacau perlahan-lahan selama enam atau lapan minit pada api yang perlahan.
- Dah mendidih masukkan buah laici tadi dan kacau lagi selama sepuluh saat sahaja. Kemudian, tutup api.
- Masukkan ke dalam loyang.
- Jangan terus masukkan dalam peti, biarkan di luar dulu selama 40 minit baru masukkan dalam peti dan sejukkan selama sekurang-kurangnya tiga jam.
- Sejuk-sejuk dan dah boleh makan.
Dah siap akhirnya puding ini. Meskipun terdapat pelbagai jenis puding menarik yang boleh dicuba sekarang, tiada yang boleh mengalahkan puding laici zaman 90-an ini. Nampak simple tapi tetap sedap.
Selamat mencuba resepi ini.
Kredit: Muhammad Ali di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Jom Cuba Resepi Muffin Pisang Nutella, Sangat Lembut & Puas Hati Bila Makan