Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Minyak Masak Mahal? Jom Buat Minyak Dari Kulit Ayam, Selamat & Sihat Untuk Badan

Minyak Masak Mahal? Jom Buat Minyak Dari Kulit Ayam, Selamat & Sihat Untuk Badan

Kategori: ,,
cara buat minyak menggunakan kulit ayam

Minyak masak sekarang sudah naik harga kan? Punyalah mahal sampai terfikir banyak kali nak beli ke tidak. Lebih-lebih lagi minyak masak dalam botol tu. Untuk satu botol 5 kilogram berharga lebih RM40.

Maka terpaksa lah mereka yang kurang berkemampuan ini berjimat cermat dalam menggunakan minyak masak. Disebabkan minyak ini merupakan bahan utama yang digunakan dalam masakan, tidak lengkap rasanya jika tidak digunakan.

Nak goreng ayam, ikan, daging bahkan nak masak sayuran pun memerlukan minyak masak. Namun tahukah anda, dengan hanya menggunakan kulit ayam, anda boleh dapatkan minyak untuk memasak.

Bahkan minyak tersebut lebih selamat dan sihat untuk tubuh badan kita. Untuk lebih lanjut, mungkin anda boleh ikuti perkongsian dari Ispia Dessert di bawah ini.

Cara buat minyak homemade menggunakan kulit ayam

  1. Basuh bersih kulit ayam.
  2. Masak kulit ayam dalam kuali dengan api yang sederhana.
  3. Renehkan kulit ayam sehingga keluar minyak. Tutup dengan tudung periuk.
  4. Setelah 30 minit, akan terhasilnya minyak dari kulit ayam.
  5. Kulit ayam akan bertukar warna dan minyak akan terhasil lebih banyak.Siap.

Minyak dari kulit ayam ini boleh digunakan untuk menumis sayuran, nasi ayam, nasi goreng. Bukan sahaja sedap malah minyak ini juga bagus untuk kesihatan tubuh badan kita. Untuk lebih jelas lagi, jom kita ikuti video tersebut di bawah ini.

@ispiadessert Cara menghasilkan minyak secara homemade yang sihat utk badan kita.. #fypage #fyp #foryourpage #supportme #menusihat ♬ ชอบเธออะ (ท่อนละลาย) – Ptrp Studio

Bagi cara penyimpanan minyak ini pula, jom kita ikuti langkah di bawah ini. Semoga sedikit sebanyak ia dapat membantu anda semua.

Cara penyimpanan minyak dari kulit ayam

Minyak masak dari ayam ini sebaiknya disimpan dalam bekas kedap udara atau bekas bersih yang tertutup rapat. Pastinya minyak tersebut disejukkan terlebih dahulu sebelum menyimpannya.

Simpan minyak tersebut dalam bekas yang bersih supaya minyak tidak berbau tengik. Pada dasarnya, minyak ayam ini boleh disimpan dalam jangka masa yang lama jika dimasukkan ke dalam peti ais.

Jika dimasukkan ke dalam bekas kedap udara atau pun botol dan dimasukkan pula ke dalam peti ais, ia boleh bertahan selama dua minggu. Manakala jika dimasukkan ke tempat sejuk beku, ia boleh bertahan sehingga enam bulan dan ke atas.

Cara penggunaan selepas memasukkan minyak ayam tersebut ke dalam peti ais, sewaktu minyak tersebut ingin digunakan, keluarkan terlebih dahulu dari peti ais dan biarkan ia mencair sendiri. Agar tidak tengik, gunakan senduk bersih setiap kali mengambilnya.

Tak sangka kan kulit ayam boleh menghasilkan minyak? Selama ini, buang je kulit ayam ni. Jadi lepas ni bolehlah simpan kulit tersebut dan jadikan minyak masak tau. Bukan sahaja bagus untuk kesihatan, minyak ini juga bagus untuk perkembangan otak dan tulang bayi.

Semoga bermanfaat!

Sumber: TikTok Ispia Dessert

Baca juga: Ajar Anak Makan Apel Bersama Kulitnya, Ini Khasiat Kulit Apel Yang Ramai Tak Tahu!

tags: | | | |