Buah Mangga sangat digemari. Oleh itu, ramai yang telah menanam pokoknya di sekitar laman rumah. Tiba musimnya, ia akan berbuah dan pemiliknya akan mengutip buah-buahnya untuk dinikmati.
Melihat pokok mangga yang sedang cantik berbuah, segelintir orang akan berasa tergugat untuk mengambil sebiji. Namun ada pemilik yang sangat pantang jika sesiapa mengambil hasil tanaman tanpa izin.
Sebelum mengambilnya, seeloknya meminta izin dari pemilik tapi lelaki ini cuba cara lain supaya tindakannya tidak diketahui orang lain.
Sedang bersiar-siar di sekitar kampung menggunakan kereta, seorang lelaki melayouu, melihat sebatang pokok mangga yang sedang berbuah cantik.
Teringin untuk merasainya, lelaki itu ingin mengambil sebiji tapi tak mahu tindakannya mendatangkan padah. Melihat di sekeliling, dia mendapat idea untuk mencuba cara lain untuk mengambil buah dari pokok tersebut tanpa ditangkap sesiapa.
Merancang secara berhati-hati, dia memandu keretanya berhampiran dengan pokok mangga tersebut sehingga sedahan pokok yang mempunyai buah termasuk menerusi tingkap yang dibuka.
Dinaikkan tingkap kereta, lelaki itu terus memandu pergi sehingga dahan itu terputus dari pokok dan dia berjaya membawa pergi sebiji buah mangga. Dia juga kelihatan sangat gembira dengan hasilnya.
@melayouu entah siapa yang punya ku tak tahu.. besarยฒ bas #foryourpage
โฌ suara asli – ๐ฎ๐ฉ๐๐๐ณ๐ฌ๐๐ก๐ก ๐๐ฏ๐๐ง๐ฆ –
@melayouu entah siapa yang punya ku tak tahu.. besarยฒ bas #foryourpage โฌ suara asli – ๐ฎ๐ฉ๐๐๐ณ๐ฌ๐๐ก๐ก ๐๐ฏ๐๐ง๐ฆ
Menjengah di ruangan komen, Noor Omida tampil untuk menasihati lelaki itu bahawa seeloknya dia meminta izin dari pemilik kerana dengan cara itu, barulah buah yang dimakan itu halal.
Tapi lelaki itu menjelaskan bahawa pokok itu telah ditanam oleh sepupunya dan dia juga telah meminta izin. Malah, video ini hanya sekadar content untuk hiburkan orang ramai.
Manakala ada juga yang terhibur melihat gelagat lelaki itu. Menurut ramai, lelaki itu tidak salah dan tidak mengambil apa-apa, kebetulan pula buah masuk menerusi tingkap, terus terambil.
Korang jangan pula contohi tindakan lelaki ini tau. Walaupun cara dia ini sangat kreatif, takut nanti ketahuan pula dengan pemilik. Seeloknya meminta izin dulu tau kalau nak ambil apa-apa benda milik orang lain.
Kredit: melayouu