5 Ogos 2022 merupakan satu hari yang berperistiwa bagi para rider. Ini kerana mereka telah berkumpul beramai-ramai dalam satu kempen mogok “Food Delivery Blackout” untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dengan fare yang rendah.
Mendapat sokongan dari pelbagai pihak, ramai rider hadir untuk menjayakan kempen mogok tersebut namun ada juga yang ‘tertinggal’ atau lebih memilih untuk elakkan daripadanya.
Tak ingin bersusah payah, segelintir rider menunjukkan rasa tidak puas hati dengan isu tersebut dengan berhenti dari perkerjaan sebagai seorang rider dan lebih senang melakukan kerja lain seperti lelaki ini.
Ketika majoriti rider di luar sana sedang berkumpul dan mogok bagi menyuarakan isu yang menjadi kebimbangan mereka, ada juga segelintir rider yang ‘melarikan diri’.
Mungkin jalan tersebut lebih mudah, kelibat seorang rider kelihatan di sebuah tapak pembinaan dengan melakukan kerja buruh di sana. Lengkap dengan peralatan keselamatan, dia bagaimanapun masih lagi memakai baju uniform Foodpanda.
Walaupun sudah tidak melakukan kerja penghantaran makanan dengan syarikat tersebut, bekas rider itu masih lagi menyimpan uniform tersebut untuk masih dipakai.
Nampaknya walaupun dah bertukar pekerjaan, mungkin jiwa seorang rider Foodpanda itu masih lagi ada dirinya. Itulah mungkin menjadi sebab utama mengapa dia tidak sanggup membuang baju itu meskipun sudah berkerja baru.
@gracegift12 #fypppppppppppp #tiktokviral #foodpandamalaysia #mstaronlineofficial
โฌ suara asli – ๐ฎ๐ฉ๐๐๐ณ๐ฌ๐๐ก๐ก ๐๐ฏ๐๐ง๐ฆ –
@gracegift12 #fypppppppppppp #tiktokviral #foodpandamalaysia #mstaronlineofficial โฌ suara asli – ๐ฎ๐ฉ๐๐๐ณ๐ฌ๐๐ก๐ก ๐๐ฏ๐๐ง๐ฆ
Menjengah di ruangan komen, orang ramai sampai terhibur melihat perkongsian video itu di laman TikTok. Isu dah serious tapi boleh lagi dijadikan hal ini sebagai bahan lawak.
Terhibur, seorang pengguna, jamesneil14 berpendapat bahawa rakyat Malaysia ini tak pernah serius! Rider tengah mogok tapi ada pula dia buat content lucu sebegini.
Tak mengapalah, mungkin dengan cara menukar pekerjaan, si rider itu lebih tenang dan tak perlu pening kepala memikirkan isu mogok tersebut. Nak buat macam mana, kadang-kadang ada waktu kita juga perlu mengalah.
Kredit: gracegift12
Baca Juga: Cara Peniaga Bungkus Makanan Sangat Bahaya, Individu Ini Mohon Pihak Berkuasa Ambil Tindakan