Aspek kebersihan perlu diutamakan oleh semua, terutamanya pengusaha makanan dan minuman. Tak kisah anda peniaga ternama atau kecil, ia memainkan peranan yang penting bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelanggan.
Namun masih ramai di antara peniaga yang lewa dan mengambil mudah mengenai aspek kebersihan dalam penyediaan makanan dan minuman. Sebagai pembeli, cuba fikir apa yang anda rasa apabila melihat peniaga lalai dan tergamak menyediakan makanan dalam keadaan kotor?
Sudah tentu kita mahu makanan dan minuman yang dibeli disediakan dan berada dalam keadaan yang bersih, kan? Walaupun terdapat pelbagai pendedahan dan kursus yang telah diadakan, masih ada segelintir peniaga yang selamba menyediakannya dalam keadaan yang kotor.
Hal itu telah dikongsikan oleh seorang pembeli, rachellmita yang sedang bersiar-siar di luar. Melihat sebuah gerai kecil yang menjual stik coklat, dia berminat untuk merakam video proses penyediaan street food nostalgia Indonesia ini untuk dijadikan konten di laman TikTok.
Tapi melihat pada bekas simpanan pes coklat yang digunakan, ia seperti peniaga sudah lama tidak membersihnya. Selesai mengoles pes coklat pada kayu ais krim, peniaga itu mencelupnya pada laci yang mempunyai sprinkles. Ia juga kelihatan kotor.
Selain tempat penyimpanan bahan-bahan, peniaga juga tidak memakai sarung tangan ketika menyediakannya dan kuku kelihatan sedikit kotor.
https://www.tiktok.com/@rachellmita/video/7128301019255164186
@rachellmita Stik Coklat Meses Jadoel Jajanan SD #stikcoklat #coklat #jajanansd #jajanjadul #jajanjadoel ♬ Full Senyum Sayang – Evan Loss
Meskipun video yang dikongsikan bukanlah bertujuan untuk mengecam peniaga tapi orang ramai yang melihatnya berasa sangat jijik dengan kecuaian peniaga.
Ramai yang ungkitkan aspek kebersihan yang teruk, semuanya dipertikaikan. Sebagai contoh, bekas yang digunakan sangat lusuh dan kelihatan kotor dengan cebisan coklat yang lama sehingga pengguna pipinpambayun888 berasa bahawa ia terlalu lusuh, mungkin sudah wujud semenjak zaman Belanda lagi.
Sebagai pengusaha makanan dan minuman, aspek kebersihan perlu sentiasa dijaga. Kecuaian anda boleh mendatangkan padah pada orang lain jadi sentiasa berhati-hati dan mejaga kebersihan diri, restoran, peralatan dan bahan yang digunakan.
Kredit: rachellmita
Baca Juga: “Memang Kami Tak Boleh Letak..” – Tak Dapat Tunai Request Pelanggan, Rider Ini Mohon Maaf