Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Menu Sedap Makan Masa Sakit, Resepi Bubur Ayam Berlauk Jadi Pilihan!

Menu Sedap Makan Masa Sakit, Resepi Bubur Ayam Berlauk Jadi Pilihan!

Kategori: ,,
bubur ayam berlauk

Ketika kita sakit atau demam misalnya, pasti hidangan bubur yang kita cari kan? Juadah bubur sememangnya sudah sinonim dengan orang sakit. Kalau orang tak sakit pun, bubur merupakan pilihan ramai kerana rasanya yang sedap dan mengenyangkan.

Lagi-lagi bubur berlauk. Memang kalau masak hidangan ni, habis licin cepat lah kan? Anda boleh buat je dekat rumah. Perkongsian resepi daripada Nyta Rosli ni berkenaan resepu bubur ayam berlauk memang sudah lengkap. kita boleh rujuk bersama okay!

Menu Sedap Makan Masa Sakit, Resepi Bubur Ayam Berlauk Jadi Pilihan!

Bahan-Bahan Bubur Ayam:

  • 1 1/2 cawan beras
  • 3 ketul isi ayam
  • serai (ketuk)
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 senduk kecil santan
  • garam
  • lada hitam (optional)

Cara Penyediaan:

  1. Beras secawan setengah. Rebus dulu bagi lembut. Sukatan air 1 cawan beras. 7 cawan air. Tak cukup, tambah sendiri agak-agak.
  2. Masuk serai, bawang merah, bawang putih, halia, halba dan isi ayam.
  3. Kemudian masukkan santan.
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Kacau selalu, nanti hangit bawah. Lada hiam boleh letak kalau nak.

bubur ayam berlauk

Bahan-Bahan Kangkung Goreng Belacan:

  • segenggam ikan bilis
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • 1 tangkai cili merah besar
  • 1 inci belacan
  • garam
  • tumbuk semua bahan di atas jadi hancur

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk tadi.
  2. Masukkan kangkung, dah siap!

bubur ayam berlauk bubur ayam berlauk bubur ayam berlauk bubur ayam berlauk

Sambil itu, boleh goreng sendiri bawang goreng homemade macam dalam gambar di bawah. Goreng ikan bilis rangup. Rebus telur masin. Siap untuk dihidang!

bubur ayam berlauk

Senang kan buat bubur ayam berlauk ni? Bolehlah cuba buat dekat rumah. Budak kecil pun boleh makan bubur ayam tu. Makan dengan seisi keluarga dengan air oren sunquick! Perghhh mantap!

Sumber: Nyta Rosli

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Dan Masak Ikan Gelama Bekok Tradisi Keluarga, Juadah Pengikat Selera

tags: | |