Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Petua Madu Untuk Hilangkan Demam Dan Batuk, Terbukti Sangat Berkesan! Sekali Cuba Terus Sembuh

Petua Madu Untuk Hilangkan Demam Dan Batuk, Terbukti Sangat Berkesan! Sekali Cuba Terus Sembuh

Kategori:
petua muda

Cuaca sekarang yang tidak menentu dan sering berubah-ubah menyebabkan segelintir individu mudah demam dan batuk. Lebih-lebih lagi di kalangan kanak-kanak, simptom itu akan berlarutan sehingga berhari-hari membuatkan si penjaga berasa sangat risau.

Tak mahu kesihatan anak-anak mereka bertambah teruk, penjaga akan mengunjungi klinik bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan dari doktor. Namun ada segelintir pesakit yang belum pulih walaupun telah mengambil pelbagai ubat-ubatan.

Hal sebegitu telah terjadi pada wanita ini, D Suraya Osman di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Kerana anaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda pemulihan, dia terus cuba petua madu ini. Sekali cuba memang kesannya positif jadi di sini kami ingin berkongsi caranya.

Petua Madu Untuk Hilangkan Demam Dan Batuk, Terbukti Sangat Berkesan! Sekali Cuba Terus Sembuh

Bahan-bahan

  • 7 sudu makan madu asli (gunakan sudu kayu atau plastik)- dapatkan di sinipetua muda
  • 3 ulas bawang putih petua muda
  • 1/2 bawang merah (racik halus) petua muda

Cara-caranya

  1. Ambil dan sediakan semua bahan-bahan.
  2. Campurkan dalam bekas yang mempunyai penutup. Gaul sehingga rata.
  3. Kemudian, perap selama sekurang-kurangnya 1 jam.
  4. Sedia untuk digunakan. petua muda

Menurut cik Suraya, petua ini sangat berkesan bila diamalkan oleh anaknya. Hanya dicuba sekali, anaknya yang sedang sakit ketika itu terus menunjukkan tanda-tanda pemulihan dari mengamalkan ubat dari klinik.

Namun amat kami menekankan bahawa petua ini bukannya pengganti bagi masalah kesihatan yang serius. Jika masih berlarutan, sila dapatkan nasihat dan rawatan dari pihak pakar.

Kredit: D Suraya Osman di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Jangan Buang Puntung Rokok, Jadikan Sebagai Racun Makhluk Perosak, Ini Caranya!

tags: | |