Minyak masak diguna ramai, terutamanya bagi tujuan menggoreng makanan. Di kedai makan pula, hampir berpuluh-puluh botol minyak masak mampu dihabiskan bagi tujuan memasak.
Namun begitu, ramai yang takut untuk menuangnya kerana gerun dengan kemalangan yang mungkin berlaku. Maklumlah bila bermain dengan minyak masak, macam-macam hal boleh terjadi.
Jangan kata semasa menggoreng, ketika menuang minyak masak dalam kuali pun ramai yang terpinga-pinga. Kalau begitu, di sini peniaga ini mahu berkongsi cara uniknya menuang minyak masak dalam kuali yang mungkin diboleh pakai juga oleh anda.
Sebuah kedai makan yang terkenal dengan hidangan celup tepung, telah memuat naik video di laman TikToknya, mrceluptepungstation. Beroperasi seperti biasa, kali ini peniaga membawa penonton ke dapur untuk melihat pekerjaan tukang masak.
Memandangkan sudah masuk waktu tengahari, tukang masak akan mula menggoreng aneka celup tepung. Untuk mengekalkan kesegaran makanan, minyak masak yang digunakan tadi perlulah ditukar dengan yang baru.
Oleh itu, tukang masak akan mengambil sebilah pisau dan mencucuk pada botol minyak masak sebelum dituangkan segalanya di dalam kuali yang telah dipanaskan.
Cara itu belum lagi dilakukan ramai tapi jelas ia berkesan untuk diamalkan oleh mereka yang menggunakan kuantiti minyak masak yang banyak.
@mrceluptepungstation Masuk tengahari, salin minyak baru. Barulah gorengan nya sedap 😋 #fyp #fy#fypシ #pantaipenarik #terengganu #kelantan #ict #celuptepung #mcts
@mrceluptepungstation Masuk tengahari, salin minyak baru. Barulah gorengan nya sedap 😋 #fyp #fy#fypシ #pantaipenarik #terengganu #kelantan #ict #celuptepung #mcts ♬ Di Kasih Info Mas E – Hairis
Di ruangan komen, orang ramai tertarik dengan cara peniaga dan ada turut tampil menjelaskan mengapa peniaga mencucuk sebilah pisau pada botol tersebut. Masing-masing ada rumusan sendiri.
“Supaya minyak masa tuang tak glup glup glup..”, jelas Natasha Kaharuddin.
Manakala pengguna HafizBell mengulas; “Minyak licin. Kalau tak buat macam tu, risiko untuk terlepas dari pegangan tinggi.”.
Pengguna juzmyself pula berpendapat; “Tekanan udara luar lagi ‘padu’ daripada udara dalam botol tu. So, minyak senang keluar.”.
Bagus ulasan setiap dari mereka, kan? Jelas cara peniaga tuang minyak masak ini bersebab dan bukannya sekadar konten semata-mata. Jadi kalau anda turut mengendalikan sebuah kedai makan, mungkin boleh guna cara ini.
Kredit: mrceluptepungstation
Baca Juga: Tegur Salah Tukang Bancuh Air, Lelaki Ini Kongsi Cara Betul Kendali Tong Ais Yang Ramai Tak Tahu