Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Koktail Buah-Buahan, Sesuai & Meriah Bila Disediakan Untuk Majlis

Cara Buat Koktail Buah-Buahan, Sesuai & Meriah Bila Disediakan Untuk Majlis

Kategori: ,
Koktail Buah-Buahan

Koktail buah-buahan menjadi pencuci mulut yang terkenal untuk dihidangkan di majlis-majlis, samada kecil atau besar, ia wajib ada. Selain itu, ia juga mudah untuk disediakan jadi tak hairan mengapa ia antara minuman yang terkenal untuk disajikan buat tetamu.

Namun, ramai yang tak tahu cara untuk menyediakan. Walaupun ia kelihatan agak sukar, sebenarnya koktail buah-buahan teramat mudah untuk disediakan. Jika anda nak tahu caranya, ikuti resepi ini yang telah dikongsikan oleh Saodah Osman di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Cara Buat Koktail Buah-Buahan, Sesuai & Meriah Bila Disediakan Untuk Majlis

Bahan-bahan

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 3 sudu gula
  • Secubit garam
  • Buah-buahan pilihan (kiwi, strawberi atau mangga)
  • 1 tin laici
  • 1 bekas Nata de coco
  • Jelly atau 1 bungkus sumi
  • Ais batu secukupnya Koktail Buah-Buahan

Cara-caranya

  1. Masak susu cair, susu pekat dan gula sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
  2. Potong buah-buahan yang digunakan sehingga kecil-kecilan.
  3. Sediakan mangkuk atau bekas dan letakkan laici, nata de coco, jelly atau sumi. Tambahkan susu tadi.
  4. Campur bersama ais batu.
  5. Sedia untuk dinikmati.  Koktail Buah-Buahan Koktail Buah-Buahan Koktail Buah-Buahan

Mudah teramat resepi ini, kan? Dengan hanya beberapa langkah sahaja dah siap. Koktail ini seeloknya disediakan beberapa minit sebelum bermulanya majlis, barulah kekal segar dan sejuk.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Saodah Osman di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Jus Kurma Susu Milo Blended Homemade, Sangat Sihat & Menyegarkan

tags: | |