Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Sedap Giler…” – Wanita Ini Kongsi Resepi Telur Dadar Gulung Kesukaan Anak-Anak, Memang Mudah!

“Sedap Giler…” – Wanita Ini Kongsi Resepi Telur Dadar Gulung Kesukaan Anak-Anak, Memang Mudah!

Kategori: ,
Telur Dadar Gulung

Di negara Jepun dan Korea, telur dadar gulung menjadi hidangan yang terkenal untuk disajikan buat sarapan pagi. Ringkas dan sihat, ia juga mampu mengenyangkan perut.

Macam-macam bahan yang boleh ditambah untuk menyedapkannya. Selalunya resepi lain hanya menambahkan garam bagi memudahkan tapi resepi telur dadar gulung yang telah dikongsikan oleh Ema Fidz di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) mempunyai beberapa ramuan tambahan yang menjadikannya kesukaan anak-anaknya. Jom baca untuk ketahui caranya.

“Sedap Giler…” – Wanita Ini Kongsi Resepi Telur Dadar Gulung Kesukaan Anak-Anak, Memang Mudah!

Bahan-bahan

  • 5 biji telur
  • 3 ulas bawang merah atau 1 ulas bawang besar
  • 1 batang lobak merah
  • 3 pokok daun bawang
  • Serbuk perasa – guna yang ini
  • Garam
  • Minyak masak

Cara-caranya

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sampai kembang. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan lain.
  2. Gaul adunan telur sehingga sebati.
  3. Panaskan kuali non stick, masukkan sedikit minyak sahaja.
  4. Seterusnya, tuang telur 1 senduk, ratakan, agak dah separuh masak boleh gulung sebelah-sebelah. Biarkan separuh yang tak digulung dan tuang lagi telur biar bersambung dengan telur yang tak digulung lagi tu.
  5. Kemudian dah agak-agak telur tu separuh masak, gulung lagi dan sambung cara yang sama sampai telur habis.
  6. Dah siap gulung, biarkan dulu telur tu atas kuali sebab nak bagi telur masak sekata sampai ke dalam.
  7. Bila dah siap, boleh tutup api dan angkat dan boleh potong.

Nota: Ketebalan telur dadar gulung ikut suka, macam saya, saya tak suka tebal sangat. Jadi, saya buat dua telur dadar gulung. Telur Dadar Gulung Telur Dadar Gulung Telur Dadar Gulung

Bila ditambah pelbagai sayur-sayuran, telur dadar gulung ini menjadi lebih enak dari yang biasa, memang patutlah disukai oleh anak-anak. Kalau anda ingin mendidik anak untuk makan sayur, bolehlah cuba resepi ini.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Ema Fidz di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Tak Perlu Beli Dah, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serbuk Perasa Cendawan Sendiri. Boleh Diguna Dalam Pelbagai Resepi

tags: | | |