Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Greek Moussaka, Makanan Tradisi Orang Yunani Yang Sangat Sedap & Paling Popular

Cara Buat Greek Moussaka, Makanan Tradisi Orang Yunani Yang Sangat Sedap & Paling Popular

Kategori: ,
greek moussaka

Greek Moussaka merupakan hidangan Yunani yang paling terkenal di masa kini. Ia mempunyai beberapa lapisan yang diperbuat dari terung, zucchini, daging cincang dan sos bechamel.

Oleh kerana proses penyediaannya yang memakan waktu, ia hanya dihidangkan pada majlis tertentu. Walaupun begitu, rasa hidangan itu sungguh sedap, berbaloi dengan usaha dan masa untuk menyediakannya.

Di Malaysia, ia agak sukar untuk mencari Greek Moussaka, terutamanya yang Halal. Kalau anda ingin mencuba hidangan istimewa ini, di bawah kami kongsikan resepi yang telah diolah oleh Hasbullah Ahmad di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Cara Buat Greek Moussaka, Makanan Tradisi Orang Yunani Yang Sangat Sedap & Paling Popular

Bahan-bahan

  • 3 hingga 4 biji kentang
  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 hingga 2 biji terung
  • 1 hingga 2 biji zucchini (kalau ada jumpa di pasaraya, susah sikit nak cari)
  • 500 gram daging cincang
  • 1 sudu besar pes tomato
  • 3 biji tomato dicincang
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1/3 sudu kecil serbuk cengkih
  • 100 gram mentega
  • 100 gram tepung
  • 750 ml susu lembu
  • 130 gram keju parmesan (30 gram untuk tabur di atas adunan sebelum dibakar)
  • 1/4 sudu kecil serbuk buah pala
  • 3 kuning telur
  • minyak ziatun
  • thyme – dapatkan di sini
  • lada hitam
  • Garam

Cara-caranya

  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 200 darjah celcius selama 7 minit. Guna loyang 25x30cm dengan tinggi 4 hingga 5cm.
  2. Buat lapisan bawah atau kentang; hiris nipis 3 hingga 4 biji kentang dan hiris dadu 1 biji bawang besar.
  3. Gaulkan kentang dan bawang tadi dengan minyak zaitun, garam, thyme dan lada hitam.
  4. Bakar di dalam oven selama 20 minit sehingga keperangan dan kentang masak. greek moussaka
  5. Buat lapisan kedua atau terung; Hiris 2 biji terung nipis, dan gaul rata dengan minyak zaitun, garam, thyme dan lada hitam.
  6. Bakar di dalam oven selama 20 minit sehingga keperangan dan masak.
  7. Buat lapisan atau zucchini; Hiris zucchini nipis, dan gaul rata dengan minyak zaitun, garam, thyme dan lada hitam.
  8. Bakar di dalam oven selama 20 minit sehingga keperangan dan masak. Letak ke tepi seketika. greek moussaka
  9. Buat lapisan daging cincang; Di dalam kuali, cincang halus 1 biji bawang besar dan tumis sehingga keperangan atau garing.
  10. Cincang halus 1 ulas bawang putih dan tumis bersama bawang besar tadi.
  11. Campurkan 1 sudu kecil serbuk kayu manis, dan 1/3 sudu kecil serbuk cengkih. Tumis sebati.
  12. Campurkan 1 sudu besar pes tomato dan tumis. Masukkan 500 gram daging cincang dan tumis sehingga daging masak dan keperangan. Perasakan dengan garam atau lada.
  13. Campurkan hirisan tomato (dalam 3 biji) dan tumis sehingga campuran agak kering. Letak ke tepi seketika. greek moussaka
  14. Buat sos bechamel; Panaskan kuali dan masukkan 100 gram mentega. Setelah cair, masukkan 100 gram tepung gandum. Gaul sehingga sebati.
  15. Masukkan 750 gram susu secara beransur-ansur (gaul sebati dengan roux taid). Masak sehingga campuran mendidih dan alihkan dari api. greek moussaka
  16. Campurkan lada hitam, serbuk buah pala dan 100 gram keju parmesa. Gaul rata, dan masukkan 3 kuning telur.
  17. Bahagikan adunan sos bechamel tadi ke 3 bahagian, 1 bahagian dicampurkan dengan tumisan daging tadi untuk melekatkan isi daging.
  18. Adunan daging yang telah digaul, dilapis di atas lapisan sayuran, dan dilapis dengan baki sos Bechamel. Ratakan sos dan taburkan dengan sedikit keju parmesan di atas. greek moussaka greek moussaka greek moussaka
  19. Bakar selama 25 atau 30 minit atau sehingga keperangan dan masak. Rehatkan selama sekurang-kurangnya sejam sebelum dihiris dan dihidang. greek moussaka greek moussaka

Nota: Resepi tradisional, kentang, terung dan zucchini digoreng dan dilapis-lapis. Nak kurangkan minyak, boleh cuba cara bakar seperti di atas.

Wow! Walaupun prosesnya tidak mudah tapi hidangan ini sangat sedap. Rugi kalau tak cuba, anda tak perlu ke Greek atau mana-mana restoran, ikut sahaja resepi ini.

Selamat mencuba!

Kredit: Hasbullah Ahmad

Baca Juga: Resepi Cucur Ketam Crispy, Sedap Makan Bersama Keluarga Untuk Minum Petang

tags: | | | |